VIDEO: Pemain Maghribi Baca Surah Al-Fatihah Berjemaah Sebelum Tewaskan Sepanyol

Maghribi

Kejayaan Maghribi menewaskan Sepanyol dalam pusingan 16 pasukan terbaik Qatar 2022 telah mengejutkan dunia selepas persembahan cemerlang ditonjol mereka.

Kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti dengan kesemua tendangan pemain Sepanyol tidak menerjah jaring telah membuatkan Maghribi berjaya layak ke suku akhir untuk bertemu Portugal.

Layaknya wakil tunggal Afrika itu menjadikan mereka hanya negara keempat daripada benua tersebut berjaya sampai ke suku akhir selepas apa yang dilakukan Ghana (2010), Senengal (2002) dan Cameroon (1990).

Apa yang menarik mengenai kemenangan Maghribi ini adalah mereka didukung dengan usaha keras sambil menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T.

Dalam sebuah rakaman, para pemain Maghribi dilihat melakukan satu bulatan dengan kesemua ahli skuad bersama-sama mebaca surah Al-Fatihah secara berjemaah.

Perkara itu berlaku sebelum mereka menghadapi Sepanyol dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua negara terikat 0-0 sejurus tamat 120 minit permainan.

Hasilnya, Maghribi berjaya menang 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti dengan Yassine Bounou menjadi wira dengan menepis sepakan penalti Carlos Soler dan Sergio Busquets sambil Pablo Sarabia menghantar bola ke tiang.

Anda boleh lihat rakaman detik tersebut di bawah. Ketahuilah, apabila kita meletakkan kebergantungan kepada Allah, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Leave a Reply