Angel Di Maria terpaksa dikeluarkan ketika aksi Paris Saint-Germain (PSG) menentang Nantes pada Ahad sebaik sahaja pihak kelab menerima berita berlaku rompakan di rumahnya.
Ketika kedua-dua pasukan masih terikat 1-1 pada minit ke-62 di Parc des Princes, pengarah sukan Leonardo dilihat dihubungi oleh seseorang dan terus bercakap kepada pengurus Mauricio Pochettino di bangku simpanan.
Sejurus itu Pochettino dengan segera menggantikan pemain sayap Argentina itu dan kedua-dua mereka dilihat berjalan melalui terowong meninggalkan padang.
Wow! Di Maria was not the only PSG player’s home robbed tonight, the identity of the other player is unknown.
PSG has a major problem with a series of robberies targeting their players' homes last 18 months: Sergio Rico, Thiago Silva, Eric Maxim Choupo Moting & others. pic.twitter.com/BbyUIxLldh
— FCB Albiceleste (@FCBAlbiceleste) March 14, 2021
Laporan media melaporkan rumah Di Maria sedang dirompak ‘secara ganas’ ketika keluarganya di dalam rumah pada waktu itu dan kelihatan pemain berusia 31 tahun itu mengalirkan air mata ketika meinggalkan stadium.
PSG pula tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut selepas Moses Simon menjaringkan gol kemenangan Nanters hanya 10 minit selepas Di Maria dikeluarkan.
Julian Draxler meletakkan PSG di depan pada penghujung separuh masa pertama sebelum Randal Kolo Muani menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat.
Pochettino yang ditemubual selepas perlawanan mengakui aksi pasukannya terkesan dengan apa yang berlaku kepada Di Maria.
Angel Di Maria's family were reportedly held hostage during an 'extremely violent’ robbery whilst the Argentinian was playing for PSG tonight.
Angel was subbed during the game and left the stadium immediately.
My prayers are with Angel and his family. I hope they all are okay. pic.twitter.com/E5hjjROPgY
— 𝐖𝖎𝖗𝖏𝖎𝖑 (@Wirjil) March 15, 2021
“Ini bukanlah alasan, tetapi ia memberi kesan kepada tahap pemainan. Selepas tamat perlawanan, kami
Ia bukan kali pertama pemain PSG menjadi sasaran keika sedang beraksi di atas padang. Sebelum ini pemain pertahanan Brazil, Maruinhos turut menerima nasib sama di mana rumahnya di Paris dirompak ketika ibu dan bapanya di rumah.
Pemain lain yang juga berdepan dengan masalah sama dalam tempoh 18 bulan ini adalah Sergio Rico, Thiago Silva dan Eric Maxim Choupo-Moting.
Lebih parah lagi, ini juga bukan kali pertama Di Maria berhadapan dengan situasi seperti ini selepas beliau dan keluarga juga pernah dirompak ketika bersama Manchester United pada 2015.
Di Maria baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan bersama PSG sehinga 2022. Setakat ini beliau telah membuat 248 penampilan dan merekodkan 87 serta 99 bantuan jaringan.
📝 DEAL DONE: Angel Di Maria has signed a one-year contract extension at PSG, with an option of a second year. (Source: @PSG_inside) pic.twitter.com/b0Sedxcm72
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) March 12, 2021
Kredit Foto: Fbingiltere
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Angel Di Maria dan PSG: