Disebalik kisah positif prestasi skuad negara, ada juga kekurangan yang terlihat ketika Malaysia mengejutkan Turkmenistan 3-1 tempohari dan ia mampu dimanfaatkan jeneral Bahrain, Kamil Al-Aswad jika dibiarkan.
Ini menurut seorang pemerhati bakat daripada salah satu agensi antarabangsa di Malaysia, Adam Sariman.
Menurutnya, walaupun Malaysia bermain dengan sangat baik berdepan pasukan di ranking ke-134 dunia itu tempohari, terdapat satu kelompongan yang perlu segera dilihat dan diperbaiki oleh pengendali, Kim Pan-gon.
Bahaya sebenarnya main midfield macam ni, memang at times, spaces in midfield memang terlalu luas yang ditinggalkan oleh our midfielders. We’re lucky Turkmenistan tak capitalise on our mistakes in midfield.
— Adam Sariman (@AdamSariman) June 8, 2022
Di jentera tengah, ada ketikanya seperti ada kelompongan yang ditinggalkan sama ada oleh Syamer Kutty Abba mahupun Nor Azam Azih yang membentuk kombinasi sebagai ‘double pivot’ yang dilihat saling melengkapi.
“Bahaya sebenarnya main ‘midfield’ macam ni, memang ada masanya, ruang di tengah terlalu luas ditinggalkan oleh pemain tengah kita. Kita beruntung Turkmenistan tak ambil peluang kesilapan kita di tengah.”
Adam Sariman
Ini adalah ulasannya ketika perlawanan antara Turkmenistan dan Malaysia berlangsung. Disebalik itu, beliau juga mengakui Syamer sebenarnya telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang 90 minit turun beraksi.
Cuma ada beberapa aspek antaranya hantaran yang mungkin perlu dilihat semula barisan kejurulatihan.
Midfielders have to wake up again, sloppy passes which looks very worrying
— Adam Sariman (@AdamSariman) June 8, 2022
Isu yang sama telah dikesan dan turut dibangkitkan oleh seorang lagi penganalisis bebas, Chunghang.
“Jentera tengah Malaysia ada sedikit kelompongan. Tindakan Syamer membantu Matt Davies [di sebelah kanan] adalah perkara yang bagus, tetapi pemain lain [Safawi] perlu turun ke bawah di posisi tengah. Turkmenistan menanti kesilapan ketika transisi [bertahan ke serangan] tersebut.”
Chunghang
Malaysia's midfield abit porous. Syammer covering for Matt Davies is a good thing, but somebody else (Safawi) needs to drop into that midfield. Turkmenistan just targetting the transitions and counting on errors lol.
— chunhang 🇲🇾 (@chunhang7) June 8, 2022
Malaysia bermain dengan formasi 4-2-3-1 dengan Safawi Rasid diletakkan di belakang penyerang utama, Darren Lok. Ini adalah senjata rahsia Malaysia pada perlawanan tersebut. Safawi bermain di posisi penyerang kedua.
Begitupun, dengan bermain formasi sebegini, Malaysia sebenarnya mengorbankan sedikit kekuatan di bahagian tengah meninggalkan Syamer dan Azam sahaja untuk membendung asakan-asakan oleh lawan. Safawi seperti yang kita tahu, bukanlah pemain yang sukakan kerja-kerja bertahan – amat bahaya jika lawan ampuh di tengah.
Jadi, berdepan Bahrain yang berada di ranking ke-89 dunia, kelompongan ini perlu dikawal dengan sebaiknya.
Mereka memiliki pemain yang mampu memanfaatkan peluang yang ‘bakal’ terhidang di kawasan tengah itu.
Jeneral padang, Kamil Al-Aswad dilihat akan mampu menjadi pemusnah Malaysia jika isu yang sama berulang.
“Penyokong Malaysia luar biasa” – Kamil Al-Aswad
Kita tunggu esok tengok lebih luar biasa.https://t.co/grrI6iqDtX pic.twitter.com/WsQmu3sM26
— Flash Sukan (@FlashSukan) June 10, 2022
A rough total heatmap from Komail's previous 5 games for Bahrain, shows how highly involved he is. During the game against Bangladesh, he managed to land 4/4 shots and target and one of them managed to land back in the net. Scored a banger from outside the box. pic.twitter.com/ZriedOfUPy
— Adam Sariman (@AdamSariman) June 9, 2022
Berdasarkan aksi ketika mereka mengatasi Bangladesh tempohari, Adam Sariman menggariskan betapa bahayanya Kamil. Pengendali Bahrain, Helio Sousa menggunakan formasi yang sama dengan Malaysia.
Formasi 4-2-3-1 dengan Kamil membentuk ‘double pivot’ bersama pemain veteran dan berpengalaman, Abdulwahab Al-Malood. Adam melabelkan mereka berdua sebagai ‘perfect combination’ di tengah.
Statistik hantaran tepat Kamil dalam perlawanan itu adalah 89 peratus – beliau melengkapkan 34 daripada 38 hantarannya. Beliau juga adalah ‘jantung’ kepada pasukannya di mana beliau menjadi tunjang transisi bertahan kepada menyerang. Jika jentera tengah Malaysia sedikit lalai, Kamil adalah pemain yang sangat berbahaya.
“Kamil memainkan peranan penting semalam [berdepan Bangladesh] apabila dia menghasilkan satu gol dan satu ‘assist’. Di mata saya di adalah jeneral dan dia adalah pemain yang berbahaya apabila Bahrain membuat transisisi. Seorang pemain yang tidak takut untuk membuat percubaan di mana-mana dan seorang yang bagus ketika ‘set-pieces'”
Adam Sariman
Dan beliau menyimpulkan yang merantai Kamil adalah perancangan terbaik yang tinggal buat Harimau Malaya.
Di sidang media pra perlawanan, Kim Pan-gon ada mengatakan beliau sudah ada perancangan untuk aksi ini.
Apa pun perancangan skuad negara, diharapkan ia menjadi dan kita mahu melihat apa pula senjata rahsia Kim.