“Beliau Ada Ruang Untuk Maju Bersama JDT” – Mora Mahu Arif Aiman Kekal Bawah Kendaliannya

Aksi mantap yang dipamerkan oleh Arif Aiman sepanjang bersama skuad kebangsaan nyata mendapat reaksi positif dalam kalangan peminat bola sepak tanah air sejak diturunkan pada perlawanan persahabatan Tier 1 lalu menentang Hong Kong.

Selain mendapat pujian dalam negara, nama Arif juga kini semakin disebut-sebut media antarabangsa mengenai kelincahan dan keyakinan yang dipamerkan pemain tersebut termasuk ketika perlawanan baru-baru ini menentang Turkmenistan.

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Benjamin Mora menegaskan yang beliau enggan untuk melepaskan Arif kepada mana-mana kelab luar walaupun pemain muda tersebut kini sedang dipantau oleh ejen-ejen bola sepak luar negara.

Mora turut menyatakan pendapat peribadi beliau mengenai masa depan Arif bersama JDT masih lagi panjang kerana usia yang masih muda dan pemain tersebut perlu memperbaiki banyak lagi aspek untuk meningkatkan lagi kualiti permainannya sebelum dilepaskan ke luar negara.

“Saya sebagai jurulatih pastinya tugas utama adalah untuk melatih dan membuat persiapan bukan sahaja kepada Ariff malah membabitkan semua pemain JDT untuk berada di tahap permainan yang mantap sepanjang aksi Liga Super.

“Namun semuanya bergantung kepada keputusan pengurusan JDT sama ada mahu dipinjamkan atau di jual kepada kelab luar negara yang berminat untuk menfapat khidmat Ariff Aiman. Tapi jika anda tanya saya, sejujurnya mahu Ariff Aiman bersama JDT.

“Saya berpandangan Ariff masih ada ruang untuk terus maju bersama JDT, lagipun dia baru 20 tahun dan masa dia akan tiba untuk beraksi di luar negara. Jadi untuk ketika ini biar dia di sini dan membantu JDT memenangi kejuaaraan liga dan selepas itu bergantung kepada keputusan pihak pengurusan,” katanya kepada Sukan NSTP menerusi Harian Metro.

Menurut maklumat sebelum ini, aksi kelincahan Arif telah dimuat naik oleh satu laman Twitter yang bernama We Are Scouting ketika pemain tersebut beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama JDT selain kelibatnya dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2023.

Menurut Twitter tersebut, pemain berbakat dari Malaysia ini berjaya menarik minat para pencari bakat di serata dunia selepas aksi mengkagumkan yang telah dipamerkan oleh Arif.

Dalam masa sama, Mora turut mengulas mengenai kemenangan besar 8-0 skuad kendaliannya sewaktu menewaskan Hougang United dari Singapura dengan menyifatkan itu sebagai persediaan sebelum menentang Selangor pada 24 Jun di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Menurut beliau, dalam aksi tersebut beberapa pemain simpanan telah diberi peluang untuk beraksi supaya mereka sentiasa bersedia dan mendapat minit permainan mencukupi selain beberapa lagi pemain dari JDT II dipanggil ke perlawanan tersebut.

“Kami pilih pasukan dari Singapura yang mampu beri saingan apabila beraksi di padang dan apa yang saya lihat pemain JDT tampak konsisten dengan corak permainan tersusun tapi masih ada kelonggaran yang harus diperbaiki namun tidak serius,” kata Mora.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN