Terengganu Mahu Buat Rundingan Awal, Faisal Halim Minta Tempoh Bertenang Demi Negara

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Mohd Faisal Halim enggan memikirkan seketika mengenai hal kontrak lanjutan beliau bersama kelab diwakilinya ketika ini iaitu Terengganu.

Fokus pemain kelahiran Penang itu kini terletak pada skuad kebangsaan yang sedang menghadapi tugas getir dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan memohon tempoh bertenang untuk berbincang perkara tersebut.

Walaupun begitu, dikhabarkan pihak pengurusan Terengganu sudah pun menyuarakan hasrat untuk menyambung kontrak lanjutan beliau ketika ini berdasarkan persembahan pemain tersebut sangat konsisten setiap kali beraksi bersama kelab serta pencapaian hebat bersama skuad kebangsaan.

Menurut Ab Rasid Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC), beliau menyatakan pihaknya sudah pun memulakan langkah menerusi perbincangan bersama staf kejurulatihan mengenai masa depan Faisal bersama kelab tersebut.

“Kami sudah berbincang dengan barisan kejurulatihan untuk melanjutkan kontrak pemain itu yang bakal berakhir hujung November ini.

“Tapi pemain itu meminta tempoh kerana mahu menumpukan tugas bersama pasukan kebangsaan dalam aksi kelayakan Piala Asia.

“Jadi selepas kejohanan itu berakhir kita akan berbincang dengan pemain itu untuk lanjutan kontrak,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Jersi Away terbaharu TFC di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, semalam menerusi Arena Metro.

Dalam masa sama, Hairuddin Omar selaku pembantu jurulatih Terengganu jelas mengharapkan agar Faisal dapat terus bersama-sama pasukan tersebut kerana pemain itu nadi utama serangan kelab.

“Kita sudah berbincang dengan pihak pengurusan mengenai lanjutan kontrak Faisal kerana dia pemain penting pasukan, kini terpulang kepada perbincangan antara pengurusan dan Mickey.

“Tapi kita harapkan rundingan itu bakal berakhir dengan keputusan positif bagi memastikan perancangan pasukan musim depan berjalan dengan lancar,” katanya.

Sebelum itu, Faisal telah memaklumkan dirinya masih mempunyai baki kontrak bersama Terengganu sehingga tamat musim ini.

Namun, sehingga kini Faisal belum memikirkan lagi hala tuju seterusnya walaupun sudah menerima kontrak lanjutan daripada Terengganu kerana mahu memberi fokus pada aksi skuad kebangsaan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN