Kelayakan Piala Dunia: Park Hang-seo Berang Tan Cheng Hoe ‘Intip’ Sesi Latihan

Park Hang-seo Vietnam Malaysia Latihan

Pengendali Vietnam, Park Hang-seo telah menukar tempat latihan skuadnya ke lokasi tertutup bermula semalam kerana dikhuatiri sesi latihan dan persediaan akhir mereka akan diintip skuad Malaysia. Ini berikutan apa yang telah berlaku kelmarin.

Pada Isnin malam, seperti yang dilaporkan oleh VN Express, skuad negara telah tiba ke padang latihan awal 15 minit daripada yang sepatutnya. Malaysia dan Vietnam dilaporkan berkongsi padang latihan yang sama iaitu di VFF Youth Training Centre.

Skuad negara yang akan mengadakan sesi latihan pertama pada malam itu telah diminta tidak keluar daripada bas dan dibawa ke sudut yang sedikit tersorok daripada padang latihan begitupun, ketika pemain-pemain negara sedang membuat persiapan, Tan Cheng Hoe dilaporkan memerhatikan sesi latihan lawannya.

Sesi latihan telah dihentikan oleh pengendali Vietnam tersebut dan sesi komunikasinya bersama pemain turut dikatakan terjejas akibat kehadiran awal skuad Harimau Malaya ke padang latihan.

Menurut VN Express, Park Hang-seo memohon kepada Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) untuk mengubah tempat latihan mereka kepada yang tertutup. Bukan sahaja berlatih secara tertutup, para wartawan turut dilarang untuk membuat sebarang liputan.

Meskipun ianya hanya sesi latihan, namun bagi Park Hang-seo, sesi akhir inilah saat penting buatnya untuk melakukan dril akhir dan persiapan dari segi taktikal pasukan disamping itu merupakan kali pertama skuad Naga Emas telah mengumpulkan semua pemain.

Pemain terakhir yang tiba ke kem skuad Vietnam adalah Doan Van Hau yang dilaporkan baru tiba daripada kelabnya di Belanda, Heerenveen SC selepas penerbangannya dikatakan ditunda.

Tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah satu perang psikologi daripada Park Hang-seo dan VFF kerana apa yang menghairankan adalah bagaimana VFF boleh menyediakan tempat latihan yang sama sedangkan daripada awal situasi ini sudah boleh dielakkan.

Kedua-dua pasukan dijadualkan akan bertemu wartawan pada hari ini di stadium rasmi perlawanan untuk sesi latihan akhir dan sidang media rasmi pra perlawanan antara kedua-dua pasukan.

Skuad kebangsaan akan menentang Vietnam pada Khamis ini di Stadium My Dinh untuk aksi ketiga Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pada jam 7 malam waktu Malaysia.

Kredit Featured Image: TinTucVietnam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN