Alex Ferguson Ucap Tahniah Kepada Pengurus Hebat, Arsene Wenger

Arsene Wenger telah menerima penghargaan sebagai legenda bola sepak yang disematkan pada Legends of Football Hall of Fame, Isnin lalu.

Beberapa orang bintang dan juga bekas rakan sejawatan Wenger mengucapkan tahniah kepada beliau termasuk bekas anak didiknya seperti Thierry Henry dan Cesc Fabregas.

Namun yang paling menarik perhatian adalah video ucapan daripada Sir Alex Ferguson.

Fergie dan Wenger menikmati perseteruan yang agak panas pada era lewat 90-an di England. Ketika itu, mereka sangat ‘bencikan’ satu sama lain dan banyak sekali bertukar-tukar kenyataan panas.

Begitu juga dengan beberapa siri pertikaman lidah di tepi padang.

Namun perseteruan itu hanyalah di lapangan bola sepak. Selepa kedua-duanya bersara, mereka saling menghargai antara satu sama lain.

Dalam kunjugan terakhir Arsene Wenger ke Old Trafford, Sir Alex turut hadir dalam majlis penghargaan khas kepada beliau.

Fergie dalam video ucapannya Isnin lalu berkata: “Karier yang kamu lalui di Arsenal adalah luar biasa. Kamu adalah legenda sejati.”

“Kamu gemarkan persaingan. Kita menikmati masa-masa yang hebat dan ianya indah untuk melihat kamu menerima anugerah ini. Jadi, selamat maju jaya, doa saya sentiasa bersama kamu.”

Wenger telah dikaitkan dengan kepulangan semula ke dalam pengurusan. Beliau tidak menafikan berita itu, namun beliau menyangkal sebarang berita yang mengaitkan beliau dengan kelab Inggeris.

“Tidak, saya penyokong Arsenal. Namun, anda harus tahu, saya juga seorang yang profesional, saya tidak boleh berheti bekerja kerana perkara itu.”

“Saya mahu menguruskan pasukan yang bukan dari kalangan pasukan EPL. Ini kerana hubungan saya dengan Arsenal, secara emosi ia sangat tinggi.”

“Saya ada menerima tawaran bekerja di England, namun saya tolak sehingga hari ini, kerana saya tidak sanggup melakukannya.”

Tahniah kepada Arsene Wenger yang diiktiraf sebagai Legenda Bola Sepak. Anda memang selayaknya mendapat pengiktirafan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN