Quantcast

BERITA

MUSA Nafi Kewujudan Pemilik Baharu

Berita yang mengaitkan Melaka United dimiliki oleh sebuah syarikat dari luar negara adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Encik Farhan [email protected] melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui platform media sosial persatuan itu pada hari ini.

Menurut Farhan, MUSA tidak pernah menerima sebarang cadangan daripada pihak lain untuk membeli kepentingan di dalam MUSA.

Ia juga sesuatu yang mustahil dilakukan kerana persatuan tersebut tidak mempunyai sebarang saham untuk diniagakan.

Sebaliknya, dakwaan oleh individu yang dikenali sebagai Erik Alonso itu berupa sebentuk penipuan

“Pegawai-pegawai Melaka United juga memaklumkan telah dihubungi oleh beberapa pemain luar negara untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini dan ternyata ia merupakan satu asas penipuan kerana individu terbabit dikatakan meminta bayaran untuk pendaftaran sebagai pemain Melaka United bagi musim 2020,” ujar kenyataan tersebut.

Assalamualaikum, salam hormat, Salam Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau, Bersih.

Saya terpanggil untuk menjelaskan isu…

Posted by Melaka United Soccer Association РMUSA on Tuesday, October 8, 2019

“MUSA dengan ini menafikan sekeras-kerasnyanya kewujudan pemilik baru persatuan ini.”

Susulan itu, peguam yang dilantik oleh MUSA telah menghantar tuntutan kepada pihak terbabit untuk memadam status berkaitan pemilikan tersebut.

Individu yang dikaitkan dengan pemilikan tersebut turut dikatakan telah menurut arahan berbuat demikian dan telah memohon maaf.

Sehubungan dengan itu, MUSA turut mengingatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak menyalahgunakan nama Melaka United tanpa kebenaran persatuan atau berdepan tindakan demi menjaga nama baik MUSA dan Melaka United.

“Kita sedang menuju ke arah penswastaan pasukan dengan berusaha menyelesaikan segala komitmen yang perlu sebelum pasukan Liga Super Melaka United diswastakan selaras dengan matlamat yang ditetapkan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Sehubungan itu pihak persatuan akan terus memberi fokus kepada pembangunan bakat bolasepak negeri Melaka dan hanya pasukan Liga Super yang akan diswastakan kelak,” tambah beliau lagi dalam kenyataan tersebut.

Hari ini timbul tanda tanya di kalangan peminat bola sepak tanah air apabila secara tiba-tiba seorang individu yang bernama Erik Alonso mendakwa diri beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United yang baharu.

Bagaimanapun pencerahan daripada Setiausaha Agung MUSA, Encik Farhan [email protected] telah menjawab setiap persoalan tersebut.