Kelayakan AFC B-23: Ong Kim Swee Anggap China Pencabar Utama Malaysia

Langkah pertama untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan bermula pada bulan Mac tahun depan apabila skuad bawah 23 tahun negara bakal menghadapi kempen kelayakan AFC B-23 di Kuala Lumpur.

Dalam majlis undian yang diadakan di AFC House semalam menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang diletakkan dalam balang 1 diundi dalam kumpulan J bersama China, Laos dan Filipina.

Keputusan rasmi undian kelayakan AFC B-23.

Mengulas mengenai keputusan undian tersebut, Kim Swee berkata persiapan rapi perlu dilakukan untuk memastikan pasukan negara layak beraksi di pusingan akhir kejohanan AFC B-23 yang akan diadakan di Thailand pada tahun 2020.

“Barisan negara tetap perlu menjalani persiapan rapi,” katanya seperti dipetik dalam Stadium Astro.

Kim Swee turut berpendapat China dilihat bakal menjadi pesaing utama dalam kumpulan berkenaan, namun keupayaan Filipina dan Laos tidak boleh diperkecilkan.

“China akan menjadi pencabar utama Malaysia tetapi kita tidak boleh memandang rendah kepada Laos dan Filipina. China telah mengambil khidmat Guus Hiddink untuk melatih skuad B-23 mereka dan Malaysia harus melakukan persiapan rapi untuk saingan ini.

“Malaysia akan menyertai beberapa kejohanan serta beberapa sesi latihan bagi memberikan pengalaman serta menguji taktikal serta strategi untuk menghadapi saingan ini.” jelasnya.

Skuad negara layak ke suku akhir ketika Kejohanan AFC B-23 di China. FOTO: Facebook FAM.

Sementara itu, juara bertahan, Uzbekistan, diundi dalam Kumpulan F bersama Tajikistan, Pakistan dan India. Vietnam yang muncul naib juara pada edisi 2018 pula berada dalam Kumpulan K bersama Thailand, Indonesia dan Brunei.

Format kejohanan kelayakan AFC B-23 menetapkan juara setiap kumpulan dan empat naib juara kumpulan terbaik akan layak ke pusingan akhir kejohanan di Thailand pada 2020.

Hanya tiga pasukan terbaik di Thailand nanti akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik Tokyo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN