UCL: Kebangkitan Lewat Manchester United Tewaskan Juventus Di Turin

Juventus menerima kunjungan Manchester United dalam saingan UCL di Turin untuk perlawanan ke-4 kumpulan H.

Juventus mencipta lebih banyak peluang di dalam perlawanan ini, namun pasukan Man. United adalah pasukan yang lebih klinikal dengan peluang gol yang terhad.

21 percubaan ke arah gol dilakukan oleh Juventus berbanding dengan hanya 9 oleh Man. United. Namun kualiti percubaan gol Juventus agak teruk dengan hanya 3 sahaja yang tepat. Jumlah yang sama dengan Man. United.

Juventus di hadapan menerusi Cristiano Ronaldo yang dengan mudah menerima hantaran di sebelah Lindelof. Ronaldo melakukan voli pada sentuhan pertama – menewaskan David De Gea pada minit ke-65.

Satu teknik yang sangat baik daripada Cristiano Ronaldo.

Selepas gol itu Manchester United memperkemaskan rentak mereka. Ketika Juventus kelihatan akan mendapat 3 mata daripada perlawanan ini – pada minit ke-84, Paul Pogba dijatuhkan di luar kotak penalti.

Juan Mata menggunakan kepakarannya untuk menewaskan Szczesny pada minit ke-86.

Kira-kira 2 minit selepas itu, berpunca daripada sepakan percuma Ashley Young – berlaku pergelutan di dalam kotak penalti Juventus. Szczesny gagal mengeluarkan bola yang terkena Bonucci – pemain itu tertampan masuk bola ke gawang sendiri.

Manchester United mendapat 1 lagi peluang keemasan pada masa kecederaan menerusi Rashford. Namun pemain kebangsaan England itu gagal menewaskan Szczesny dalam keadaan 1 lawan 1.

Berakhir perlawanan – Jose Mourinho menunjukkan isyarat sinis kepada penyokong Juventus. Bonucci berlari ke arah Mourinho dan mempertikaikan tindakan pengendali berbangsa Portugis itu.

https://twitter.com/thisisizwanafiq/status/1060291712910688256

Paul Pogba pula memberikan penghargaan beliau kepada para penyokong Juventus.

Kemenangan berharga ini membolehkan Man. United menjarakkan diri 2 mata daripada Valencia (5 mata). Juventus kekal di puncak kumpulan H dengan 9 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN