Kelantan United Kekalkan 7 Tonggak Pasukan Hadapi Musim 2022

Kelantan United

Tujuh pemain tonggak pasukan Kelantan United dilanjutkan kontrak untuk musim hadapan bagi menguatkan terus skuad ini menghadapi cabaran Liga Premier musim hadapan.

Pemain yang diikat merupakan Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi, Shahrul Hakim Rahim, Asraff Aliffuddin, Amirul Shafik Che Soh, Fikri Che Soh, Imran Samso dan Umeir Aznan.

Dalam kenyataan di Facebook rasmi KUFC mereka menyatakan ini menjadi musim keempat buat Fakhrul bersama skuad.

Setakat ini beliau telah menyumbang 42 jaringan serta 26 bantuan gol daripada 54 penampilan bersama mereka.

Pemain terbaik mereka ketika di Liga M3 sebelum ini, Shahrul Hakim turut dipilih bagi menguatkan pasukan apabila beliau cemerlang menjadi tonggak terbaik pasukan berkenaan musim lalu.

Pemain ini mengalami kecederaan pada awal musim dan hanya kembali pada pertengahan liga untuk membantu pasukan untuk kembali meninggalkan impak setelah kembali pulih.

Fikri dan Amirul akan menikmati musim kedua mereka bersama KU pada musim hadapan untuk terus berpeluang berkhidmat bersama skuad.

Para pemain lain akan menjalani ujian dalam sesi pemilihan KU bersama kejurulatihan untuk memastikan skuad mempunyai rangkaian pemain berkualiti musim hadapan.

KU juga akan mendapatkan import baharu pada musim hadapan bagi memberi impak positif buat pasukan berkenaan yang mahu melangkah lebih jauh.

Selain itu, KU hanya mendaftarkan 23 pemain sahaja musim hadapan dengan barisan kejurulatihan akan memanggil pemain muda dari skuad Piala Presiden dan Piala Belia bagi membantu pasukan.

KU juga ada membuat rombakan awal sebelum ini di bahagian kejurulatihan dan pemain sebelum ini untuk memperbaiki aspek kelemahan pasukan dan menjadi lebih matang untuk musim baharu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN