Kelantan mahu perbaiki rekod mereka di tempat sendiri. Itulah realiti untuk anak-anak buah Zahasmi Ismail.
Kelantan memulakan kempen musim ini dengan cemerlang. Mereka menang dalam 2 perlawanan awal Liga Super dengan watak yang dianggap adiwira di Kelantan, Muhammed Ghaddar.
Kedah pula jelas sekali pasukan yang sudah memasuki gear tinggi dalam kempen MSL musim ini.
Di sebalik kecemerlangan pasukan Kelantan mereka dikejutkan dengan penyingkiran di Piala FA oleh kelab Liga Premier PKNP FC.
Ia adalah satu reality check kepada pasukan Kelantan setelah cemerlang menewaskan PKNS dan Felda United sebelum itu.
Prestasi semasa
Kelantan menang 2 kali dan seri sekali dalam 3 perlawanan terakhir mereka untuk semua pertandingan.
(Nota editor: Kelantan seri dengan PKNP pada 90 minit)
Namun dalam Liga Super Kelantan masih kekal dengan rekod 100% selepas 2 perlawaan.
Kedah pula masih belum tewas musim ini dalam 5 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan. Mereka Menang 3 kali dan seri 2 kali dalam proses tersebut.
2 perlawanan terakhir Kedah menjaringkan 8 gol dan dibolosi 3 kali. Manakala Kelantan menjaringkan 6 gol dan bolos 3 kali dalam 3 perlawanan terakhir mereka.
Ini adalah ratio gol dan bolos per perlawanan untuk kedua-dua pasukan musim ini setakat ini.
[table]
Pasukan,P’lawanan,Ratio gol,Ratio bolos,
Kelantan,3,2.0,0.5,
Kedah,5,2.6,1.4,
[/table]
Rekod pertemuan
6 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan 3 daripadanya memihak kepada Kedah. 2 seri dan 1 perlawanan lagi dimenangi oleh Kelantan.
Ini adalah statistik 6 pertemuan terakhir.
(Nota editor: Keputusan untuk 90 minit perlawanan sahaja)
[table]
,Kelantan,Kedah,
P’lawanan,6,6,
Menang,1(17%),3(50%),
Seri,2(33%),
Gol,6,9,
Bolos,9,6,
[/table]
Fakta perlawanan
- Kedah masih belum tewas dalam semua perlawanan untuk semua pertandingan sejak 16 Ogos (vs T-Team), 11 kemenangan dan 5 keputusan seri dicatatkan sepanjang tempoh tersebut
- Kelantan pun masih belum tewas dalam 8 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Kali terakhir tewas di tangan Selangor dalam Piala Malaysia
- Kedah tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam 10 perlawanan liga terakhir mereka selepas kalah 3-0 di tangan Pahang pada 3 Ogos 2016. (*kemenangan teknikal)
- Kelantan pula tidak pernah gagal untuk menjaringkan gol dalam 9 perlawanan terakhir liga, kali terakhir ketika tewas 1-0 di Larkin
- Kedah dan PKNS adalah pasukan yang paling prolifik di hadapan gol selepas 4 perlawanan dengan menjaringkan 9 gol. Selangor memerlukan 5 perlawanan untuk menjaringkan jumlah yang sama
- Kelantan ternyata lebih selesa bermain di tempat lawan. 4 perlawanan terakhir mereka di Kota Bharu adalah tanpa sebarang kemenangan. 3 kalah dan 1 seri.
- Sebagai kontra, Kelantan tidak tewas dalam 5 kunjungan terakhir ke tempat lawan dengan 2 seri dan menang 4 kali
Sebelum wisel
Kelantan pastinya mahu perbaiki rekod dan menjadikan Kota Bharu sebagai gelanggang keramat sekali lagi setelah banyak keputusan di sini kurang memihak kepada mereka.
Kali terakhir mereka menang di Kota Bharu adalah pada Ogos 2016, menentang T-Team. Kedah dalam prestasi terbaik sama ada di tempat lawan ataupun tempat sendiri.
Kelantan bukan lawan yang mudah untuk pasukan Kedah. Namun Kelantan perlu memastikan mereka sudah pulih secara mental dan fizikal untuk perlawanan ini.
Kemenangan untuk Kedah akan mengekalkan mereka sebagai pendahulu liga. Manakala, jika Kelantan menang, mereka akan memintas kedudukan pasukan Kedah.
Baca juga: Sasaran Pembelian Musim Panas AC Milan Tersebar, Fabregas Antara Sasaran Utama