Sasaran Pembelian Musim Panas AC Milan Tersebar, Fabregas Antara Sasaran Utama

AC Milan mungkin sudah lama tidak beraksi di tahap sebenar mereka.

Jika 10 tahun lalu mereka menjulang kejuaraan ke-7 UEFA Champions League selepas menewaskan Liverpool, kini bayang mereka di kejohanan Eropah tidak lagi kelihatan.

Namun kini, AC Milan mula kembali bangkit apabila mula skuad kendalian Vicenzo Montella yang rata-rata dibarisi pemain muda beraksi agak baik dalam saingan Serie A.

Kecoh di Itali apabila media di sana mendedahkan senarai pemain perpindahan yang mahu dibeli AC Milan pada jendela perpindahan akan datang, dan mereka bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan yang banyak!

Pertahanan baharu akan tiba

AC Milan dijangka akan menyambar pertahanan Villareal iaitu Mateo Musacchio walaupun beliau berharga agak tinggi iaitu €25 juta.

Namun dengan kontraknya bakal tamat pada 2018 dan tiada sebarang perbincangan melibatkan pemain tersebut dengan Villareal setakat ini, AC Milan boleh mendapatkan beliau dengan harga yang lebih murah.

Fabregas, Dahoud dalam radar

Di bahagian tengah, terdapat beberapa nama besar berada dalam pemerhatian gergasi Itali ini.

Antara yang mencuri tumpuan adalah pemain tengah Chelsea iaitu Cesc Fabregas. Namun begitu, dengan kuasa membeli yang agak tinggi di Chelsea ia mungkin memaksa AC Milan untuk menawarkan tawaran tinggi untuk membawa pemain itu ke Itali.

Selain itu, Mahmoud Dahoud yang merupakan pemain tengah muda berpotensi tinggi juga boleh disambar AC Milan dengan harga serendah €10 juta sahaja kerana klausa pelepasan (release clause) Dahoud yang cukup rendah.

Namun, AC Milan perlu menghadapi cabaran dari Borrusia Dortmund yang turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Borrusia Monchengladbach itu juga.

Dalam senarai itu juga, AC Milan dikatakan berminat untuk mendapatkan Luis Gustavo, perancang utama Fiorentina Milan Badelj dan juga pemain Chelsea Mario Pasalic.

Sasaran Chelsea juga sasaran AC Milan

Pemain yang pernah dikaitkan dengan Chelsea iaitu Andrea Belotti yang bermain di Torino juga dikatakan merupakan calon penyerang baharu AC Milan.

Kami jangkakan AC Milan dan Chelsea akan berperang untuk mendapatkan beliau. Mana tidaknya, Belotti adalah penyerang utama bagi Torino musim ini!

Selain itu juga, AC Milan dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Federico Berardeschi dari Fiorentina yang dikatakan sudah lama diperhatikan oleh AC Milan.

Dan sasaran terakhir adalah pemain Lazio iaitu Keita Balde yang dikatakan mengalami masalah dalam rundingan kontrak dengan kelabnya iaitu Lazio.

Bagi kami, kami sangat teruja melihat senarai sasaran pemain yang mahu dibeli AC Milan. Kami harap mereka berjaya membeli pemain yang mereka mahu dan kembali menjadi kuasa utama bola sepak Itali!

Baca juga: Adakah Ini Petanda Awal Arda Turan Akan Sertai Chelsea

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN