Roy Keane Meluat Dan Terganggu Dengan Paul Dan Florentin Pogba

Roy Keane meluat melihat kelibat Florentin Pogba dan Paul Pogba ketika perlawanan di antara Manchester United menentang St. Etienne.

Sebelum ini, lagenda United ini mengkritik Arsenal yang dianggap beliau bermain seperti budak sekolah dan diketuai pemain tidak ada kepimpinan seperti Gibbs.

Berbalik kepada aksi Pogba. Di kala ramai yang menikmati persaudaraan Florentin dan Paul Pogba di dalam padang, Keane pula mengkritik mereka. Keane menyifatkan 2 beradik ini terlalu banyak bercakap.

Keane berkata kepada ITV, beliau sedikit terganggu ketika menikmati aksi cemerlang Zlatan Ibrahimovic kerana beradik Pogba.

Zlatan Ibrahimovic melakukan hat-trik dalam perlawanan ini. Ia adalah yang ke-17 sepanjang karier beliau dan yang pertama untuk Manchester United.

Ketika ditanya apa pandangan beliau tentang Paul Pogba dan Florentin Pogba, ini pendapat Roy Keane.

“Pogba seorang pemain berjiwa bebas, dia memiliki karakter, namun malam ini dia agak terlebih yakin (over confident) pada sebelum perlawanan dan juga di babak pertama.”

“Malam ini mereka bercakap lebih banyak daripada saya bercakap dengan mana-mana adik-beradik saya dalam 5 tahun terakhir.”

“Saya rasa agak janggal. Saya ingatkan mereka berdua akan fokus kepada perlawanan ketika ia dimulakan.”

“Benda macam ni patut berlaku pada sebelum dan selepas perlawanan. Saya rasa bimbang jika inilah cara pemain pada era moden.”

Ini adalah sedutan temu ramah tersebut.

Kritikan Keane pedas ini mengundang banyak kritikan balik kepada beliau. Ini kerana ramai peminat menikmati semangat kekeluargaan di antara keluarga Pogba dalam perlawanan ini.

Bak kata pepatah Inggeris, ‘Blood is thicker than water.’Ibu Pogba memakai jersi yang separuh merah dan separuh hijau tanda sokongan kepada kedua-dua pemain ini.

Baca juga: Mendefinisi Pemain Sisi Dan Pemain Sayap (Side Midfielder & Winger ) Dalam Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN