Kelantan Bergantung Pada Hasil Kutipan Tiket Bayar Gaji Pemain

Gara-gara kerana sebuah syarikat swasta menarik diri daripada mengurus pasukan Kelantan pada 4 April lalu, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kini dilaporkan mengalami krisis kewangan yang serius.

Oleh sebab itu, mereka kini terpaksa bergantung kepada hasil jualan tiket perlawanan Liga Premier untuk menampung perbelanjaan pasukan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Kelantan Red Warriors, Syed Abdullah Syed Mahmood yang mahu memastikan hasil penjualan tiket digunakan secara berhemah khususnya untuk menyelesaikan gaji pemain skuad Liga Perdana Kelantan.

Katanya dalam Harian Metro, ia adalah langkah awal bagi pihak pengurusan dalam menyelesaikan gaji pemain sementara menanti kemasukan beberapa penaja baharu pasukan bagi musim ini.

FOTO: Kelantan FA

Justeru itu, bagi menarik kehadiran penyokong, KAFA mengambil langkah untuk menurunkan harga tiket terbuka daripada RM 15.00 kepada RM 12.00 untuk semua perlawanan di Stadium Sultan Muhammad VI sehingga tamat musim ini.

“Dalam hal ini, penyokong pasukan perlu bersama membantu pengurusan dengan hadir ke stadium membeli tiket perlawanan dan menyaksikan pemain pada setiap perlawanan selepas ini.

“Saya yakin dengan RM12 (harga) tiket (terbuka) yang dibayar penyokong menyumbang kepada dana pengurusan untuk membayar gaji pemain buat sementara waktu.

“Kita ada tiga perlawanan skuad ini di Kota Bharu dalam masa terdekat dan penyokong perlu membantu dengan hadir menyaksikan perlawanan terbabit kerana secara tidak langsung mampu menyelesaikan beberapa masalah membabitkan kewangan pasukan,” katanya di Kota Bharu, hari ini.

Ke manakah perginya duit hasil jualan tiket?

Syed Abdullah turut mempersoalkan kemanakah perginya duit hasil jualan tiket perlawanan bulan lepas selepas mendapat tahu kesemua wang hasil kutipan yang dianggarkan berjumlah RM120,000 itu tidak dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

Menurutnya, wang kutipan itu perlu dipulangkan semula kepada KRW Sdn. Bhd atau pihak berkenaan bakal berdepan tindakan lanjut.

“Kami (KRW Sdn. Bhd) tiada wang (dalam akaun ketika ini) dan ia amat diperlukan untuk tujuan pembayaran gaji pemain.

“Jadi kembalikanlah (wang) untuk pemain TRW. Kalau duit itu masuk ke akaun (KRW Sdn. Bhd) tetapi tidak bayar, itu cerita lain.

“Tetapi….kalau tak masuk (dalam akaun KRW Sdn. Bhd) itu menjadi persoalan dan skripnya pasti berbeza,” katanya kepada pemberita selepas majlis bual bicara secara langsung menerusi laman sosial Facebook, malam tadi.

Kelantan bakal mendapat penaja baharu?

Syed Abdullah turut mendedahkan beberapa syarikat dan ahli perniagaan dikatakan berminat untuk menjadi penaja pasukan Kelantan.

“Ada beberapa syarikat yang saya temui dan berbincang untuk membantu pasukan Kelantan.

“Saya amat berharap pasukan ini kembali stabil dan mendengan sokongan penyokong semoga dapat memberi lagi kekuatan kepada pihak pengurusan dan pemain untuk terus berjuang,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN