Quantcast

BERITA

Unai Emery Yakin Arsenal Mampu Beri Tentangan Sengit Buat Napoli

Selepas mengkaji kekuatan serta kelemahan pasukan Napoli, Unai Emery tanpa berselindung mengakui pasukan bimbingannya mampu untuk memberikan tentangan sengit pada aksi suku akhir pertama Liga Europa  di Stadium Emirates, awal pagi esok.

Arsenal akan berdepan Napoli dalam pertembungan dua pasukan pilihan bagi memburu gelaran Liga Europa.

Perlawanan tersebut dijangka sengit dengan menyaksikan kedua-dua pasukan bakal menurunkan barisan terbaik mereka menjelang aksi itu nanti.

Emery optimis anak buahnya mampu menghadapi cabaran Napoli meskipun sedar skuad kendalian Carlo Ancelotti itu sedang berada dalam prestasi terbaik mereka.

Emery menganggap kedudukan Napoli yang menghuni tangga kedua carta Serie A pada ketika ini jelas mengambarkan situasi pasukan itu sebagai sebuah pasukan yang kuat selain Juventus.

“Saya fikir ia (perlawanan) seimbang 50/50.”

“Napoli mempunyai sejarah hebat seperti kami. Kini mereka berada di kedudukan kedua di bawah Juventus dan membuat perbezaan besar dengan pasukan lain. Mereka bermain sangat baik,”

Kata Emery lagi, “Mereka datang dari saingan Liga Juara-Juara dalam kumpulan yang kuat bersama Liverpool, mereka sangat kompetitif dalam kumpulan ini, saya tahu ini akan menjadi sukar tetapi saya yakin kami dapat menghadapinya.”

LONDON, ENGLAND – APRIL 10: Marques Allan listens as his coach Carlo Ancelotti speaks during an SSC Napoli Training Session And Press Conference on April 10, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by SSC NAPOLI/SSC NAPOLI via Getty Images)

Kekal konsisten

Mengulas mengenai persiapan pasukan, Emery mahu aksi konsisten dapat dikekalkan para pemain ketika berdepan Napoli nanti.

“Kami tahu kami harus konsisten dalam dua perlawanan ini, dengan persediaan yang hebat untuk menghadapi Napoli, kami juga perlu yakin dan percaya dengan kebolehan kami.”

“Kami mahu bekerja keras, mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin, dan bermain secara optimum.”

“Tumpuan kami adalah membuat perbandingan dan memberikan tumpuan untuk mendapatkan keyakinan, untuk memberikan prestasi terbaik, dan untuk tampil bersama,” jelas pengurus 47 tahun itu.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!