Quantcast

BERITA

Smalling: Kami Berjaya Atasi Barcelona, Cuma Tak Dapat Gol

Chris Smalling menegaskan bahawa pasukan beliau berjaya mengatasi Barcelona dalam aksi suku akhir pertama UCL pada awal pagi tadi.

Malangnya mereka tidak dapat menjaringkan gol dan dibolosi 1 gol – selepas Luke Shaw tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-12.

Chris Smalling antara pemain yang cemerlang dalam aksi awal pagi tadi. Beliau menyatakan: “Kami menekan mereka tinggi dan membuatkan mereka sukar. Sayangnya kami tidak mendapat gol dalam perlawanan ini. Rasanya kami tadi sudah mencipta beberapa peluang gol.”

“Kami memiliki fasa pada separuh masa pertama dan pergi menyerang mereka. Dan kemudiannya kami menjadi agak gemuruh. Tetapi selepas separuh masa kedua, kami berjaya mengatasi mereka.”

“Satu pasukan kami berjaya mengatasi mereka. Rasanya De Gea hanya membuat 1 ‘save’. Kami tahu kami perlu berikan intensiti seperti itu kepada mereka.”

“Ia pertarungan yang baik. Cuma kad kuning saya ke atas Suarez tu saya kurang faham. Rasanya itu bentesan saya yang paling lembut saya lakukan berbanding dengan terjahan-terjahan yang lain.”

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berharap pasukannya akan menjelmakan kebangkitan seperti mana yang mereka lakukan ke atas PSG.

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 10: Lionel Messi of FC Barcelona is tackled by Scott McTominay of Manchester United during the UEFA Champions League Quarter Final first leg match between Manchester United and FC Barcelona at Old Trafford on April 10, 2019 in Manchester, England. (Photo by Alex Livesey – Danehouse/Getty Images)

Solskjaer juga agak kecewa apabila anak anak buahnya gagal mencatatkan sebarangan ‘shot in target dalam perlawanan ini’. Beliau mahu aspek penyudah itu diperbaiki selepas ini.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!