Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC: Malaysia Rakam Kekalahan Ketiga Berturut-Turut

Malaysia terus kecewa dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC yang dilangsungkan di Terengganu selepas mengalami kekalahan ke-3 berturut-turut.

Sebelum ini, skuad negara telah tewas 2 kali sebelum ini di tangan Afganistan dan juga Iran.

Skuad negara tewas 5-3 ditangan Afganistan sebelum dimalukan 14-0 ditangan skuad Iran di perlawanan kedua.

Rancak

Perlawanan antara pasukan negara dan juga Bahrain berlangsung dengan rancak dari awal apabila kedua-dua pasukan sering mencari gol awal dan saling membalas percubaan di awal 10 minit permainan.

Namun Bahrain yang mendahului apabila Abdulla Al Malki menjaringkan gol pertama perlawanan selepas 10 minit beraksi.

Shafiq Huzair kemudiannya memberikan gol penyamaan tidak lama selepas itu apabila menjaringkan gol rembatan jarak jauh selepas gol Bahrain tak dijaga sesiapa.

Rashed Jamal kemudiannya meletakkan skuad negara kembali dibelakang apabila jaringan lewat beliau meletakkan Bahrain kembali di depan sebelum rehat separuh masa pertama.

Saleh Mohamed & Mohamed Abdulla menambah derita pasukan negara apabila mereka menjaringkan 2 gol dalam tempoh 17 minit untuk meletakkan Bahrain selesa di depan 4-1.

Bahrain semakin selesa di hadapan apabila Ayoob Salem menjaringkan gol untuk meletakkan mereka 5-1 di hadapan namun secara pantas Zaharim Yusof menjaringkan 1 gol untuk menjadikan kedudukan menjadi 5-2.

Bibit kebangkitan pasukan negara semakin jelas selepas gerakan cantik Fakhrullah Mohamad berjaya memberikan gol ketiga pasukan negara untuk menjadikan kedudukan menjadi 5-3.

Khairul Nizam semakin memberikan gol ke-4 negara di separuh masa ketiga permainan namun sepakan percuma Abdulla Al Abdulla memberikan gol ke-6 dan seterusnya memateri kemenangan buat Bahrain.

Malaysia cuba bangkit menerusi Zaharim sekali lagi namun ia sudah pun terlambat untuk pasukan negara tewas 6-5.

Kekalahan itu menjadikan pasukan negara di tangga terakhir kumpulan A dengan 0 mata dicatatkan selepas 3 perlawanan.

Sementara Bahrain yang baharu sahaja bermain 2 perlawanan sudah berjaya mengutip 6 mata.

Berikut merupakan kedudukan kumpulan A yang melibatkan pasukan negara:

Baca juga: Analisis: Bagaimana 4 Gol Kedah Terhasil Ketika Menentang Melaka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN