Guardiola Berpendapat Chelsea Hampir Tidak Mampu Dihalang, Conte Beri Respon

Sebelum ini Pep Guardiola sudah membayangkan Chelsea hampir tidak mampu dihalang daripada menjuarai EPL musim ini.

Guardiola berkata:

“Agak sedih kerana jarak di antara pasukan lain dengan Chelsea terlalu besar.”

“Itu satu kenyataan. Kami berada di belakang mereka kerana mereka hampir tidak mampu dihalang.”

Selepas kemenangan berharga kepada Sunderland, Guardiola kini memberikan fokus kepada aksi suku akhir Piala FA.

Ia diikuti perlawanan menentang Monaco pada Rabu berikutnya.

“Saya berpendapat kami bermain sangat baik (vs. Sunderland) dan kami berjaya mendapat keputusan positif.”

“Buat masa ini paling penting apabila masuk ke bulan Mac dan April, anda harus menang setiap perlawanan.”

“Jika anda terus menang anda akan kekal dalam persaingan, jika kalah anda akan keluar.”

“Saya maksudkan semua kejohanan yang kami terlibat termasuk EPL, Piala FA dan UCL.”

“Pemain-pemain saya tahu, kami tahu, kelab tahu, yang kami tidak boleh kalah dalam perlawanan yang akan datang. Kalah, kami tersingkir.”

Chelsea teruskan kecemerlangan

Awal pagi tadi Chelsea menang 1-2 ke atas West Ham United. Sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas liga.

Chelsea mendahului pada minit ke-25 menerusi Eden Hazard. Diego Costa melebarkan jurang pada awal separuh masa ke-2.

West Ham cuba bangkit, namun jaringan Lanzini sudah terlalu lewat.

Buat masa ini Chelsea berkelebihan 10 mata daripada Spurs yang berada di tangga ke-2 dan 11 mata daripada Manchester City di tempat ke-3.

Ditanya tentang komen beliau ke atas kenyataan Guardiola, Conte berkata Guardiola cuma bermain perang saraf.

Baca juga: Guardiola Dedahkan David Silva Punca Utama Beliau Ke Manchester City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN