Guardiola Dedahkan David Silva Punca Utama Beliau Ke Manchester City

Sejak ketibaan beliau ke Manchester City dari Bayern Munich, Pep Guardiola nyata telah menemui beberapa pemain yang beliau gemar di Manchester City.

Joe Hart, Yaya Toure dan Sergio Aguero sering menjadi bualan orang ramai kerana tidak ‘sebulu’ dengan Guardiola. Pasti ada yang terfikir, siapa pemain yang paling beliau gemari di Manchester City?

Jawapannya adalah David Silva.

Istimewa

Guardiola mendedahkan yang David Silva merupakan pemain yang menjadi punca mengapa beliau pergi ke Manchester City.

“Silva adalah pemain yang paling hebat pernah saya latih sepanjang saya jadi pengurus.”

“Kerana beliau, saya datang ke Manchester City dan ternyata saya sangat beruntung kerana dapat latih beliau.”

Guardiola juga berkata minatnya terhadap Silva sudah lama sejak era kedua-duanya masih lagi di La Liga.

Ketika itu, Guardiola menjadi pengurus Barcelona dan Silva beraksi untuk Valencia.

“Kali pertama saya lihat beliau beraksi, saya berkata dalam hati yang beliau ini adalah pemain yang cukup istimewa.”

Semangat perwira

Selain daripada mengagumi keistimewaan yang ada pada Silva, Guardiola nyata ada sebab lain kenapa beliau amat meminati pemain bertubuh kecil itu.

“Saya gemar semangat juangnya. Bila tengok semangat yang beliau tunjuk, jelas sekali beliau ada pemain yang punya daya saing yang tinggi.”

“Mentaliti mahu menang beliau sungguh jelas, beliau boleh lari disekeliling padang tanpa henti dan berjuang tanpa penat. Jelas sekali beliau adalah pemain yang cukup hebat.”

Guardiola dijangka akan beli beberapa pemain baharu untuk kuatkan jentera tengah dengan Jack Wilshere dijangka menjadi sasaran beliau.

Baca juga: Ibrahimovic Dan Mings Didapati Bersalah, Bakal Terima Hukuman

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN