Kejanggalan Situasi Khabar Mehmed Durakovic Tinggalkan Perak

Mehmed-Durakovic-perak

Pengendali Perak FC, Mehmed Durakovic ketika ini dikhabarkan sudah meninggalkan pasukan dan penggantinya dikatakan sudah dikenalpasti oleh pengurusan.

Perbincangan untuk menamatkan kontrak sedang berlangsung antara kedua-dua pihak seperti yang dimaklumkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, malam tadi. Ia amat mengejutkan kerana Liga Super akan berlangsung kurang dua minggu lagi.

Apa yang membawa kepada perkhabaran tersebut? Siapa yang meminta untuk kontrak dibatalkan, pihak pengurusan Perak atau Mehmed Durakovic sendiri?

Takkan Mehmed Durakovic yang minta?

Agak mustahil jika Mehmed Durakovic yang meminta untuk membatalkan kontraknya. Sebagai jurulatih yang sangat komited dan disayangi para pemain, walaupun pelbagai ranjau terpaksa dihadapinya sebelum ini, beliau kekal teguh bersama The Bos Gaurus.

Sebelum ini, sekitar September tahun lalu, dikatakan Perak sedang cuba membawa penggantinya iaitu pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak. Ia timbul selepas kekalahan 0-7 skuad kendaliannya kepada Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun, ianya gagal.

Setibanya ke Malaysia selepas Liga Malaysia (Liga M) dijadualkan akan kembali berlangsung, beliau terpaksa melalui isu masalah tunggakan gaji dan perubahan pengurusan Perak. Sekali lagi, beliau tampil tenang dengan tidak terlalu melatah.

Jadi, adakah Mehmed Durakovic akan meminta untuk meninggalkan pasukan? Agak janggal untuk seorang pengendali yang dilihat sangat komited menjalankan tugas akan berbuat sedemikian. Melainkan atas desakan lain, mungkin beliau menyerah kalah.

Kenapa ada desakan lain?

Semua sedia tahu, gaji Mehmed Durakovic pernah dikhabarkan antara yang tertinggi di Liga M. Adakah dengan pertukaran jawatan tertinggi di dalam pengurusan pasukan menyebabkan isu ini timbul semula? Perak pula dalam masalah tunggakan gaji.

Namun, agak mustahil untuk Perak memulakannya kerana jumlah pampasan kontrak yang perlu dibayar bukan kecil anak, jika ia berlaku. Kita masih menanti perkhabaran mengenai isu ini agar segalanya akan lebih jelas mengapa ia tiba-tiba berlaku.

Menurut Mehmed Durakovic sebelum ini, kontraknya masih berbaki setahun dan akan berakhir pada penghujung musim ini. Beliau telah menerima kontrak baharu selepas berjay membawa Perak menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada 2018.

Berapa jumlah gaji Mehmed Durakovic, tidak dapat dipastikan, namun menurut bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) ketika itu, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, “Mustahil untuk kita turunkan gaji beliau selepas berjaya membawa satu piala yang sangat diidamkan semua pasukan yang beraksi ini ke Perak.”

Katanya hanya khabar angin

Sementara itu, menurut sumber rapat Perak FC yang dihubungi Utusan Malaysia, sebenarnya isu ini tidak pernah timbul dan sedikit menghairankan kerana ia sudah tersebar hangat di media sosial sehingga katanya sudah ada calon pengganti.

“Setakat ini Mehmet tidak pernah memaklumkan mengenai hasrat meninggalkan pasukan. Begitu juga tiada perkhabaran dari Perak FC bahawa jurulatih itu akan digantikan. Saya tahu ada perbincangan antara jurulatih itu dengan Perak FC, Jumaat lalu, tetapi tidak tahu apa butirannya,” memetik kenyataan sumber itu.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T. Avineshwaran, para pemain nyata terkejut dengan berita tersebut dengan rata-rata pemain memilih untuk kekal bersama pasukan disebabkannya. Adakah Perak akan terima kesan dengan khabar ini?

Astro Arena semalam memaklumkan calon pengganti Mehmed Durakovic merupakan bekas pengendali Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt, selain terdapat juga khabar angin menyatakan jurulatih Perak II yang baharu, Syamsul Saad akan dilantik.

Apakah sebenarnya percaturan pengurusan Perak? Adakah segala kekusutan yang bermula dengan tunggakan gaji, logo dan sebagainya ini akan merosakkan segalanya? Adakah pihak pengurusan yang menjadi punca? Semua masih ternanti jawapan pasti dengan Mehmed Durakovic dikatakan sudah tidak turun padang sejak Sabtu.

KREDIT FEATURED IMAGE:

Baca lagi artikel lain mengenai Mehmed Durakovic dan Perak FC:

Apa Status Terkini Perak II Selepas Lantik Syamsul Saad?

Mehmed Durakovic: Kami Main Di Australia Tetapi Penyokong Hanya Jerit Nama Maradona

Mehmed Durakovic: Apa Boleh Buat, Inilah Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN