Hasnul Zulkarnain: “Mehmet Durakovic Kekal Dengan Perak Musim Depan”

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengesahkan jurulatih dari Australia, Mehmet Durakovic akan terus membimbing Perak pada musim depan selepas membantu pasukan itu menjulang Piala Malaysia kelmarin.

Beliau berkata demikian kepada Kosmo menjelaskan khidmat Durakovic memang akan diteruskan jika berjaya membawa pulang satu trofi pada saingan Liga Malaysia musim ini.

“Saya telah memberitahu beliau bahawa kontraknya akan disambung sekiranya berjaya membawa pasukan Perak memasuki peringkat akhir Piala Malaysia dan beliau telah pun melaksanakan tugas tersebut dengan baik.

“Kini beliau sekali lagi menunjukkan kecemerlangan membimbing pasukan selepas berjaya menjulang Piala Malaysia 2018,” katanya.

Perak dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2018.

Malah menurut Hasnul Zulkarnain, Durakovic sendiri telah memberikan persetujuan lisan untuk terus mengemudi The Bos Gaurus pada musim akan datang.

“PAFA juga menafikan khabar angin bahawa gaji jurulatih akan dikurangkan.

“Mustahil untuk kita turunkan gaji beliau selepas berjaya membawa satu piala yang sangat diidamkan semua pasukan yang beraksi ini ke Perak,” jelasnya.

Semalam, media tempatan melaporkan khabar angin mengenai kepulangan Mehmet Durakovic sebagai jurulatih baharu Selangor musim depan.

Mehmet bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan khabar angin tersebut apabila ditanya oleh wartawan tersebut.

Khabar angin mengenai kedatangan Durakovic ke Selangor itu timbul susulan kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon yang mengesahkan empat calon jurulatih berada dalam radar persatuan itu termasuk jurulatih asing.

Dalam kenyataan sama, Johan juga tidak menafikan bahawa Durakovic yang pernah membawa Selangor menjulang Piala Malaysia pada 2015, antara seorang daripada empat calon jurulatih tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN