Kemasukan pemain naturalisasi baharu untuk skuad Harimau Malaya, Guilherme De Paula diharap dapat memberikan lebih kualiti kepada bahagian serangan negara selepas ini.
Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe berkata beliau mengalukan kehadiran penyerang Perak itu sambil mengharapkan pemain itu kembali ke prestasi terbaiknya.
De Paula memulakan kempen Liga Super musim ini bersama Perak dengan rentak perlahan sebelum menjaringkan dua gol menentang Johor Darul Ta’zim baru-baru ini.
“Harapan terhadap De Paula cukup tinggi dan saya tidak mahu menekan beliau lagi.”
“Kerjasama berpasukan amat penting untuk membantu satu sama lain, De Paula tidak boleh melakukannya sendirian,” kata Cheng Hoe menerusi Berita Harian.
Selain itu, Cheng Hoe juga mengatakan yang keseluruhan warga skuad kebangsaan mengalukan kehadiran De Paula.
Beliau juga berharap dapat bekerjasama dengan penyerang kelahiran Brazil itu untuk satu tempoh yang panjang kelak.
Kehadiran De Paula ke skuad kebangsaan menambahkan pilihan kepada barisan serangan negara yang turut menyaksikan Shahrel Fikri, Syafiq Ahmad dan Luqman Hakim dipanggil.
Selain tiga penyerang yang disebutkan diatas, Norshahrul Idlan Talaha yang beraksi bersama-sama Sarawak United turut dipanggil ke dalam skuad 29 pemain dalam kem latihan pusat yang diadakan di Johor.
Baca juga artikel kami mengenai Guilherme De Paula:
De Paula Ada Rekod Impresif Berdepan Terengganu, Perak ‘Tambah’ Yakin
CIMB Liga Super 2020: De Paula Ledak Dua Gol Untuk Perak Benam TFC