Keganasan Peminat Bola Sepak Di Honduras Korbankan Tiga Nyawa, Turut Cederakan Pemain

Honduras

Pertempuran penyokong dua kelab Honduras, FC Motagua dan C.D Olimpia sebelum perlawanan telah meragut kira-kira tiga nyawa dan menyebabkan tiga orang pemain Motagua turut mengalami kecederaan.

Keganasan penyokong yang berlaku di Stadium Nasional Tegucigalpa itu menyebabkan perlawanan Liga Honduras tersebut terpaksa ditangguhkan.

Menurut jurucakap hospital tempatan hasil sumber BBC, Laura Schoenherr menjelaskan bahawa tiga orang maut dan tujuh orang lagi ditembak serta ditikam.

Lebih menyedihkan salah seorang daripada mangsa adalah kanak-kanak lelaki. Tambahnya lagi, tiga orang dewasa yang mengalami kecederaan berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, tiga pemain FC Motagua yang mengalami kecederaan ialah Emilio Izaguirre, Roberto Moreira dan Jonathan Rougier apabila bas pasukan tersebut telah diserang penyokong.

Hentaman kuat balingan objek telah memecahkan cermin bas sekaligus menyebabkan Izaguirre yang merupakan bekas pemain Celtic mengalami kecederaan di bahagian mata kanannya.

Izaguirre kemudiannya dilaporkan memuatnaik satu posting di ‘Instagram story’ yang mengatakan ‘kesakitannya’ apabila memikirkan ada nyawa yang melayang akibat insiden tersebut.

Beliau turut menjelaskan serpihan kaca mengenai matanya tetapi mengakui tiada yang serius berlaku serta ‘bahaya sudah berakhir’.

Kredit foto: BBC

Diharapkan selepas ini tiada lagi keganasan bola sepak yang berlaku kerana ia jelas tidak memberikan sebarang keuntungan buat senario bola sepak itu sendiri.

Kredit foto: FC Motagua

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN