Piala Malaysia 2019: Kesungguhan, Komitmen & Fokus Jadi Taruhan PDRM Hadapi Selangor

Kerancakan saingan Piala Malaysia dalam Kumpulan D diteruskan malam ini di mana PDRM akan melayan kunjungan pasukan Selangor di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Tiga pasukan dalam kumpulan ini, Melaka United (6 mata), Selangor (5 mata) dan PDRM (4 mata), masing-masing masih berpeluang untuk muncul juara kumpulan seterusnya layak ke pusingan suku akhir.

PDRM kekal dengan status pasukan bukan pilihan memandangkan mereka cuma pasukan dari Liga Perdana berbanding Selangor yang unggul memegang rekod 33 kali menjulang piala tertua dalam sejarah bola sepak negara itu.

Kejayaan mereka mengikat Selangor dengan keputusan 1-1 di Stadium Shah Alam dalam perlawanan sebelum ini menambah lagi keyakinan The Cops untuk mengintai kemenangan kedua di peringkat kumpulan.

Menurut Elavarasan, tiada sebarang keistimewaan sekalipun mereka beraksi di tempat sendiri tetapi yang akan menentukan kejayaan pasukan adalah kesungguhan, komitmen serta fokus anak buahnya bagi menghadapi pasukan lawan dalam setiap perlawanan.

“Walaupun bermain di laman sendiri, ia tidak memberi kelebihan apa-apa buat pasukan kami.” kata jurulatih kelahiran Selangor itu kepada Berita Harian ketika ditemubual wartawan agensi berita berkenaan.

Berikutan masalah kecederaan pemain import, Lee Chang Hoon ketika babak kedua berdepan Selangor di Shah Alam pada Ahad lalu, Elavarasan menjangkakan pemain Korea itu tidak sempat pulih dan akan diketepikan dalam perlawanan malam ini.

Namun mereka masih menunggu laporan akhir daripada pegawai perubatan untuk menentukan Chang Hoon boleh beraksi atau sebaliknya.

Kemampuan PDRM tidak boleh dipandang mudah kerana musim ini PDRM tampil garang dengan menduduki tempat ketiga dalam saingan Liga Perdana selepas Pulau Pinang dipotong 6 mata kerana kesalahan melanggar arahan FIFA.

Kejayaan itu melayakkan mereka dipromosi ke saingan Liga Super musim depan, namun pihak FAM telah mengingatkan mereka supaya segera menyelesaikan proses untuk mendapatkan pelesenan kelab supaya tidak terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan liga utama itu.

Kredit foto: PDRM FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN