Kedah Tak Pernah Setuju Untuk Harungi Aksi Persahabatan Bersama Santos FC

Hasrat untuk peminat setia Kedah Darul Aman (Kedah) melihat pasukan kesayangan mereka beraksi menentang salah satu pasukan gergasi dari Brazil iaitu Santos FC nyata tidak kesampian.

Ini kerana, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah iaitu Shahrul Shamsudin mengakui tidak pernah menyatakan keputusan mereka untuk bersetuju menentang Santos FC pada 17 Februari ini.

Terdahulu, suatu kejutan melanda dunia bola sepak tempatan apabila Santos menyatakan Kedah bakal menjadi salah satu pasukan di Asia Tenggara bagi siri jelajah persahabatan pada Februari ini.

Menurut perkongsian laman rasmi kelab gergasi dari Brazil itu, perlawanan terbabit bakal berlangsung pada 17 Februari ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Tampil menjawab persoalan tersebut, Shahrul mengakui pihaknya ada menerima cadangan daripada pihak promoter pada awal tahun 2024 untuk aksi persahabatan tersebut, namun pengurusan Kedah tidak menoktahkan ianya dalam bentuk persetujuan.

“Kami ada menerima pelawaan daripada promoter untuk membawa kelab ternama dari Brazil iaitu Santos FC bagi mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa di Kedah dan diberi tarikh pada 17 Februari.

“Mengikut perancangan awal itu, kami tidak boleh. Kami juga sudah maklumkan tidak bersedia untuk perlawanan itu sebab kami belum lagi memulakan latihan pasukan dan rancangan latihan kami pula hanya bermula sekitar tarikh berkenaan.

“Namun kami terkejut apabila mendapati pihak Santos FC telah mengeluarkan jadual perlawanan tersebut (17 Februari) dilaman rasmi kelab berkenaan dua hari lalu dan bila kami bertanya semula kepada pihak promoter berkenaan, beliau memberi maklum balas adanya salah faham berkaitan perancangan yang diatur itu,” katanya menerusi satu laporan khas daripada Harian Metro.

Pada masa sama, Shahrul juga mengakui pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan hitam putih untuk mengatakan mereka bersetuju untuk menentang Santos FC.

“Tidak ada sebarang persetujuan rasmi dari pihak KDA FC dan ia hanya sekadar jemputan secara mulut daripada pihak promoter atau pengantara.

“Untuk sebarang aksi persahabatan, pihak pengurusan pasti akan rujuk terlebih dahulu dengan pasukan dan dari awal lagi memang kami tidak bersedia pada tarikh yang dicadangkan itu kerana pihak kami (pasukan) belum sempat membuat persediaan latihan.

“Jadi promoter akan maklumkan Santos FC untuk pembatalan aksi perlawanan ini dan dalam masa yang sama, kami tetap menghormati pihak Santos FC yang telah meletakkan nama kami dalam senarai antara pasukan dalam saingan mereka,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN