Ronnie Fernandez Teruja Sertai Selangor Kerana Miliki Banyak Sejarah

Bekas penyerang kebangsaan Chile, Ronnie Fernandez secara rasminya kini menyertai Selangor untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan demi memperkukuhkan jenteran serangan pasukan tersebut.

Ianya dinyatakan sendiri secara rasmi oleh laman pasukan tersebut dengan mereka memperkenalkan Ronnie secara umum di media sosial untuk para penyokong setia The Red Giants.

Terdahulu, Semuanya BOLA telah pun melaporkan Selangor dalam perancangan untuk mengintai penyerang baharu untuk menggantikan khidmat bekas pemain, Ayron Del Valle, Richmond Boakye, serta Rauf Salifu.

Menerusi perkongsian Selangorfc.com, Ronnie merupakan pemain pembangunan pasukan Santiago Wanderers FC bawah 19 tahun (B-19) sebelum dinaikkan pangkat ke skuad utama kelab tersebut pada Januari 2010 dalam dunia profesional.

“Bakat Ronnie sentiasa dipercayai oleh Santiago Wanderers FC, di mana beliau sering kembali berbakti kepada kelab tersebut walaupun telah beraksi bersama beberapa kelab lain sepanjang karier profesionalnya.

“Untuk rekod, beliau telah beraksi dalam 92 perlawanan, menjaring 22 gol serta mencetak 10 bantuan gol untuk Santiago Wanderers FC,” jelas laman tersebut.

Selepas itu, penyerang berbisa ini terus membuktikan ketajamannya di Arab Saudi selepas beliau meraih gelaran penjaring terbanyak Saudi Pro League pada musim pertama bersama Al-Fayha FC menerusi 13 jaringan diledak Ronnie.

Selain itu, Ronnie juga pernah beraksi untuk kelab yang kini diwakili oleh bintang dunia, Cristiano Ronaldo iaitu Al-Nassr dan telah meledak gol ketika menentang Arsenal.

“Selain itu, pemain berketinggian 179 cm ini juga pernah beraksi di negara Bolivia yang terletak di Amerika Selatan bersama kelab ternama negara tersebut iaitu Bolivar La Paz untuk musim 2016/2017 dan 2023.

“Ronnie telah menjaringkan 18 gol daripada 26 perlawanan, sekaligus membantu pasukannya menjuarai Copa de la División Profesional dan meraih tempat kedua dalam Primera División 2023,” jelas kenyataan itu lagi.

Untuk saingan antarabangsa, pemain ini pernah beraksi untuk siri Kelayakan Piala Dunia bersama Chile pada tahun 2022 selain terlibat dalam beberapa perlawanan persahabatan.

Ketika ditanya mengenai perasaan beliau untuk menyertai Selangor, Ronnie jelas begitu teruja serta mengetahui sejarah hebat pasukan tersebut selain mahu memberikan terbaik buat kejayaan kelab itu.

“Ini kali pertama saya datang ke Asia Tenggara. Saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada Selangor FC.

“Apa yang saya tahu tentang kelab besar ini ialah sejarah besarnya dan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan. Saya akan memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan dalam mendapat musim terbaik untuk 2024/2025 dalam Liga Malaysia dan ACL 2,” kata Ronnie.

Ronnie juga ketika ini mengakui tidak sabar untuk menghadirkan kegembiraan buat para penyokong The Red Giants serta bertemu mereka tidak lama lagi.

Akhir sekali, Selangor juga turut berharap supaya kehadiran Ronnie mampu mengukuhkan pasukan tersebut di posisi serangan bagi musim 2024/2025 serta aksi AFC Champions League 2 2024 (ACL 2).

Sumber:
Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN