Selangor Intai Bekas Penyerang Kebangsaan Chile Untuk Musim 2024/2025?

Selangor ketika ini dilaporkan sedang mengintai khidmat penyerang baharu untuk terus memperkukuhkan jentera hadapan mereka bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Terdahulu, pasukan berkenaan secara rasminya sah melepaskan tiga penyerang import mereka pada musim lalu termasuk penjaring terbanyak Liga Super 2023, Ayron Del Valle.

Dua lagi penyerang import turut dilepaskan ialah bekas peledak Juventus iaitu Richmond Boakye serta penyerang muda Ghana iaitu Rauf Salifu.

Ketiadaan tiga penyerang import tersebut menjadikan posisi itu kini masih lagi kekosongan untuk diisi pemain baharu bagi mengharungi saingan Liga M musim hadapan.

Menerusi perkongsian Ismael Wong di media sosial X, beliau menyatakan Selangor kini sedang giat untuk cuba mendapatkan bekas penyerang kebangsaan Chile iaitu Ronnie Fernandez.

“Selangor berada dalam fasa rundingan lanjut dengan penyerang berbisa Ronnie Fernandez. Pemain kebangsaan Chile tersebut pernah bermain di benua Asia dari tahun 2017 ke 2021 di Timur Tengah.

“Selepas melepaskan Ayron del Valle, Richmond Boakye dan Rauf Salifu, Selangor akan mempunyai penyerang tengah baru yang memimpin jentera serangan,” jelas Ismael Wong.

Untuk rekod, Ronnie sebelum itu mewakili Bolivar dalam saingan utama di Bolivia selaku penyerang berbisa buat pasukan tersebut menerusi reputasi serta rekod jaringan dihasilkan beliau.

Sepanjang bersama Bolivar pada tahun lalu, ianya menyaksikan Ronnie telah pun meledak 24 gol bersama 7 bantuan jaringan daripada 48 penampilan secara keseluruhan buat pasukan tersebut.

Kelebihan Ronnie bukan sahaja terarah kepada posisi serangan utama, malah beliau boleh bertindak selaku pemain sayap kiri serta kanan mengikut kesesuaian taktikal perlawanan.

Kali terakhir pemain berusia 33 tahun itu mewakili skuad kebangsaan Chile ialah pada tahun 2022 lalu sewaktu aksi persahabatan menentang Ghana.

Salah satu fakta menarik Ronnie bersama Bolivar pada tahun lalu apabila beliau pernah beraksi bersama bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Patito Rodriguez selepas beliau turut mewakili kelab berkenaan.

Pada pandangan anda, adakah Ronnie merupakan calon penyerang paling sesuai pada musim hadapan untuk menggantikan impak positif ditinggalkan oleh Ayron selaku peledak utama Selangor?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN