RASMI: Bekas Pemain Kebangsaan Itali Bakal Pertajamkan Posisi Serangan JDT

Bekas pemain kebangsaan Itali bawah 20 (B-20), Nicolao Manuel Dumitru Cardoso secara rasminya kini menjadi pemain import terbaharu buat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memperkukuhkan pasukan tersebut pada saingan hadapan.

Ianya diumumkan sendiri secara rasmi menerusi laman Johor Southern Tigers (JST) dan mendapat maklum balas cukup positif dalam kalangan peminat JDT menerusi ruangan komen.

Penyertaan pemain tersebut menjadikan kini JDT telah pun menandatangani empat pemain import baharu mereka dengan dijangka bakal bertambah tidak lama lagi.

Nicolao yang bertindak selaku pemain sayap kiri sebelum itu memulakan karier beliau bersama Massetana sebelum menyertai akademi Empoli di Itali.

Pemain kelahiran Sweden itu menghabiskan banyak musim di Itali sebelum menyertai Nottingham Forest di England pada musim 2016/2017.

Nicolao buat pertama kali beraksi di Asia pada musim 2021 untuk menyertai saingan liga di Korea Selatan bersama Suwon Bluewings sebelum menyertai Buriram United pada musim lalu dalam aksi Thai League 1.

Sepanjang bersama Buriram United, Nicolao telah pun diberi peluang beraksi sebanyak sembilan perlawanan dan mencatat satu jaringan sahaja buat pasukan tersebut.

Bersama skuad kebangsaan Itali B-20, pemain sayap lincah itu telah beraksi sebanyak sembilan kali serta merekodkan dua jaringan secara keseluruhan.

Nicolao dianggap mampu menjadi aset terbaik buat JDT menerusi pengalaman dimiliki beliau sebelum itu di Eropah serta beberapa negara Asia lain serta keupayaan tinggi daripada kawalan bola cukup menyakinkan.

Selain Nicolao, JDT juga terdahulu telah pun memperkenalkan tiga lagi pemain import mereka iaitu Murilo Henrique, Jalil Elias, serta Francisco Geraldes.

Gergasi Malaysia itu turut bertindak untuk mengekalkan penyerang lincah berbisa mereka pada musim lalu iaitu Fernando Forestieri bagi terus memperkukuhkan jentera serangan mereka pada saingan hadapan.

Pada pengamatan kami, JDT dilaporkan bakal menandatangani beberapa lagi pemain di posisi utama serangan kerana mereka bakal mempunyai misi besar dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) musim depan selain mahu mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Malah, beberapa pemain tempatan juga dijangka bakal menyertai pasukan tersebut selepas mereka membuat beberapa rombakan kecil untuk melepaskan pemain serta meminjamkan kepada kelab lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN