Hamidin Enggan Lihat Harimau Malaya Gagal Kutip Sebarang Mata Berdepan Oman

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Haji Hamidin Bin Mohd Amin mahu skuad kebangsaan untuk mengelak daripada keciciran sebarang mata untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Oman.

Apa tidaknya, Malaysia kini boleh dianggap berada pada landasan terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya dengan membawa status juara Kumpulan D jika mereka mengekalkan momentum positif.

Terdahulu Malaysia berjaya meraih enam mata secara keseluruhan, selepas mereka mencatat dua kemenangan berturut-turut ketika menghadapi cabaran daripada Kyrgyzstan serta Taiwan.

Skuad kendalian Kim Pan-gon jelas mengejutkan banyak pihak termasuk daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sendiri menerusi prestasi positif ditampilkan Harimau Malaya.

Untuk saingan seterusnya, skuad kebangsaan bakal mengharungi aksi menentang Oman yang dianggap sangat mencabar jika dilihat pada perbezaan ranking kedua negara tersebut.

Walaupun begitu, pasukan negara tidak memiliki cara lain dengan perlu mengumpul walau satu mata jika ingin mencerahkan lagi peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Malaysia juga bakal menghadapi Oman sebanyak dua kali berturut-turut dengan perlawanan pertama bakal berlangsung di Muscat, Oman pada 22 Mac sebelum beraksi di halaman sendiri pula empat hari kemudian.

Jika dilihat daripada prestasi semasa, Oman hanya mencatat satu kekalahan daripada tiga perlawanan dihadapi dalam saingan Piala Asia 2023 lalu kepada Arab Saudi.

Pastinya, skuad kendalian Kim perlu tampil dengan lebih berhati-hati terutama sekali untuk mengelak daripada membuat sebarang kesilapan bakal mengundang padah.

Jika segalanya berjalan lancar buat Malaysia, pasukan tersebut mampu untuk mara ke pusingan seterusnya serta mendapatkan slot ke pentas Piala Asia 2027 dengan status juara atau naib juara kumpulan.

Menurut Hamidin, Kim kini sudah pun memulakan kerja beliau dengan lebih awal untuk menghadapi perlawanan tersebut menerusi persediaan rapi daripada segi pemilihan pemain serta percaturan taktikal.

Jelas beliau, latihan awal bakal dibuat mereka selain beberapa perlawanan persahabatab turut dirancang untuk menaikkan momentum pasukan kebangsaan.

“Walaupun (Harimau Malaya) ada enam mata, lawan Oman sekurang-kurangnya kita mesti dapat seri atau satu menang satu kalah. Kita tak boleh kalah kedua-dua aksi itu.

“Kalau itu terjadi (kalah), risiko kita tinggi kerana akan menentang Kyrgyzstan di tempat lawan dan berdepan Taiwan di gelanggang sendiri.

“Walaupun lawan Taiwan mungkin kita boleh menang, berdasarkan ranking, tapi dengan Oman kita mesti curi mata.

“Kalau kita layak maknanya kita konsisten di Piala Asia 2027,” katanya menerusi satu laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro mengenai skuad Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN