Ketika ini telah tersebar luas mengenai pemain tengah UiTM FC berasal dari Lubnan, Rabih Ataya yang dikatakan bakal menyertai Kedah untuk saingan musim hadapan.
Jika Rabih Ataya dibawa masuk, salah seorang pemain import bakal disingkirkan dan setakat ini hanya dapat dipastikan bahawa slot pemain import dari Asia dipegang oleh pemain tengah, Amin Nazri. Adakah Rabih Ataya akan menggantikan Amin Nazri?
Amin Nazari merupakan pemain kelahiran Sweden, namun bermain untuk skuad kebangsaan Filipina walaupun telah mewakili Sweden di peringkat bawah umur, kerana ibu bapanya berasal daripada Iran dan Filipina. Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak membawanya masuk selepas agak lama dikatakan memburu seorang pemain tengah.
Aidil Sharin: ‘Jeneral’ Telah Dimuktamadkan, Tunggu Pengumuman Rasmi KFA – https://t.co/Eudz1dVcfH pic.twitter.com/fdXrvkuITS
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 9, 2019
Aidil Sharin ketika itu mengakui kepada Semuanya BOLA, pemain tersebut memiliki aura seorang jeneral di padang. Dedahnya, “Ciri-cirinya, dia adalah seorang jeneral.”
Begitupun, sejak kehadirannya, Amin Nazari tenggelam dan gagal memberikan impak seperti yang diimpikan oleh semua penyokong Kedah. Malah boleh dikatakan aksinya mungkin ‘lebih teruk’ berbanding pemain import sebelumnya, Edgar Bernhardt.
Dapat dilihat dalam beberapa aksi sebelum Liga Super berakhir dan juga satu-satunya saingan Piala Malaysia musim ini, Aidil Sharin memberikannya peluang mengemudi jentera tengah Kedah. Namun, segalanya tampak langsung tidak menjadi buatnya.
UiTM’s Lebanese winger Rabih Ataya is expected to seal the deal with Kedah next week. The club knows that his AFC Cup experience would prove vital in their Asian campaign. #MFLTransfer2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 13, 2020
Dan, mungkin disebabkan itulah, pemain import UiTM FC, Rabih Ataya kini dikatakan menjadi buruan Kedah untuk mengukuhkan posisi tengah yang agak lompong sepanjang musim ini. Boleh beraksi di posisi sayap kanan dan kiri serta tengah menyerang, kehadirannya mampu dimanfaatkan oleh Aidil Sharin.
Menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, urusan perpindahan pemain berusia 31 tahun itu sudah hampir selesai dan akan dimuktamadkan pada minggu hadapan.
Untuk musim ini, tonggak skuad kebangsaan Lubnan itu telah membantu UiTM FC menamatkan musim di kedudukan ke-6 Liga Super – sangat menakjubkan bagi musim debut mereka. Beliau beraksi dalam sembilan perlawanan dan meledak dua gol.
Selain itu, untuk rekod, Rabih Ataya sebelum ini pernah membantu kelabnya dari Lubnan, Al-Ahed memenangi kejuaraan Piala AFC buat kali pertama pada tahun 2019.
KREDIT FEATURED IMAGE: UITM FC
Baca lagi artikel mengenai Rabih Ataya dan Kedah:
5 Pemain Lubnan Yang Perlu Diawasi Oleh Skuad Harimau Malaya
The Missing Piece: Aidil Sharin Buru ‘Jeneral Perang’ Untuk Dibawa Ke Darul Aman