5 Pemain Lubnan Yang Perlu Diawasi Oleh Skuad Harimau Malaya

Malam ini skuad Harimau Malaya akan kembali beraksi menentang Lubnan dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2018. Walaupun Malaysia secara rasminya, sudah sah tidak layak ke Piala Asia 2019 tetapi perlawanan ini sebenarnya menawarkan pulangan mata ranking yang lebih tinggi berbanding mata perlawanan persahabatan antarabangsa.

Di atas kertas, skuad Lubnan jauh lebih kuat daripada skuad Harimau Malaya namun itu bukan bermakna anak buah Tan Cheng Hoe perlu mengangkat bendera putih sebelum perlawanan bermula.

Malaysia mampu memberikan tentangan sengit jika mereka menyekat 5 tonggak skuad itu yang dikenalpasti mampu memberi ancaman kepada barisan pertahanan lawan.

Antara 5 pemain Lubnan yang perlu diawasi oleh barisan pertahanan skuad Harimau Malaya ialah:

1) Rabih Ataya

Rabih Ataya merupakan seorang pemain sayap kanan yang prolifik dan seorang pemain yang mampu mengucar-kacirkan bahagian pertahanan kanan lawan. Malah, pemain yang berusia 29 tahun ini merupakan seorang pemain yang menjaringkan 2 gol kemenangan Lubnan ketika menewaskan Malaysia, 2-1 di Stadium Larkin dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2019 pada bulan jun tahun lepas. Pemain ini juga konsisten menjaringkan gol dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 dan turut menjaringkan satu gol ketika menewaskan Korea Utara dengan jaringan 5-0.

2) Mohamad Haidar

Mohamad Haidar merupakan salah seorang pemain tengah skuad Lubnan yang berpengalaman. Beliau mempunyai 47 kap dengan skuad kebangsaan Lubnan dan telah menjaringkan 4 gol di peringkat antarabangsa. Pemain dari kelab Al-Ahed ini mempunyai kebolehan membaca gerakan pertahanan lawan dan membuat hantara tepat kepada penyerang pasukannya. Beliau juga agak mahir menjaringkan gol melalui sepakan percuma.

3) Hilal El-Helwe

Hilal El-Helwe ialah antara pemain dari kelab luar negara yang dipanggil bagi memperkuatkan jentera serangan skuad kebangsaan Lubnan. Pengalamannya ketika beraksi dengan kelab Jerman, Vfl Wolfsburg dan Hallescher FC ditagih bagi memastikan jentera serangan pasukan Lubnan sentiasa tajam. Pemain muda yang berusia 24 tahun ini telah menjaringkan 2 gol di peringkat antarabangsa termasuk 1 gol ketika menentang Korea Utara dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2019. Di peringkat kelab, beliau setakat ini telah menjaringkan 4 gol dalam 49 penampilan.

4) Hassan Chaito

Pemain ini pernah menandatangani kontrak untuk menyertai pasukan Terengganu pada tahun 2015. Namun begitu, jodohnya bersama Terengganu berakhir apabila pemain itu disahkan mengalami kecederaan jangka panjang sehingga memaksa pihak pengurusan Terengganu membuat keputusan untuk menamatkan kontraknya. Hassan Chaito kemudian kembali menyertai kelab di negaranya, Al-Ahed dan berjaya menjaringkan 9 dalam 36 penampilan.  Melalui pengalaman beraksi dengan Terengganu, beliau mungkin sudah masak dengan corak permainan pemain Malaysia dan sudah tentu beliau tahu bagaimana hendak memanipulasikan bahagian pertahanan Malaysia.

5) Hassan Maatouk

Beliau merupakan pemain yang paling berbahaya dan antara pemain yang paling banyak kap dalam skuad kebangsaan Lubnan. Kapten dan penyerang prolifik yang berusia 30 tahun ini merupakan penjaring terbanyak dalam skuad kebangsaan Lubnan iaitu 18 gol dalam 67 penampilan di peringkat antarabangsa. Hassan tidak beraksi ketika menentang Malaysia dalam perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia 2019 tetapi sepanjang kempen kelayakan ini, beliau sudah menjaringkan 3 gol ketika menentang Hong Kong dan Korea Utara. Sudah tentu beliau ialah pemain yang perlu dirantai oleh barisan pertahanan Malaysia andai Tan Cheng Hoe tidak mahu pasukannya dibolosi dengan mudah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN