Kedah ‘Diramal’ Akan Halang Selangor Raih Mata Penuh Di Petaling Jaya

Kedah Selangor mata penuh Piala Harapan 2023

Belum lagi turun ke padang, Selangor dijangka akan gagal meraih mata penuh dalam aksi minggu ke-12 Liga Super berdepan Kedah Darul Aman.

Begitupun, ia hanyalah jangkaan atau ‘ramalan’ awal tentang keputusan perlawanan di antara kedua-dua pasukan tersebut pada malam nanti.

Salah seorang penyokong tegar The Red Giants yang dikenali sebagai Rambo mengingatkan agar pasukan tidak terbuai dengan kemenangan tempohari. Selangor menang 4-0 ke atas Perak di Stadium Ipoh.

Perlawanan yang perlu diberi perhatian, sama seperti ketika perlawanan menentang Sabah FC,” ciapnya di Twitternya, @anakmemberontak.

Mengapa beliau mengingatkan tentang perlawanan menentang Sabah? Ketika aksi minggu ke-10, mereka tumbang 1-2 kepada The Rhinos selepas cemerlang pada aksi minggu sebelumnya, menang 5-1 ke atas Terengganu.

Ia seperti tren buruk buat Selangor – selepas menang besar, keputusan pasti tidak akan memihak kepada mereka dalam aksi seterusnya.

Bukan hanya minggu ke-9 dan ke-10 sahaja, ia turut terjadi selepas mereka mengatasi Kuching City 5-0 diikuti dengan seri 1-1 dengan Sri Pahang.

Check apa yang patut di check. Selepas menang besar 5-0 di LS2, perlawanan LS3 longlai, mujur seri 1-1. Selepas menang 5-1 di LS9, perlawanan LS10 longlai, tewas 1-2,” tambahnya lanjut mengenainya.

Itu hari menang selesa 4-0 di LS11, jadi malam ni LS12, kita nantikan. Faham dan kaji situasi yang berlaku, jangan hanya gembira sebab menang besar,” tegasnya lanjut tentang kemungkinan keputusan tidak baik malam ini.

Adakah Kedah boleh meraih sesuatu? Setidak-tidaknya keputusan seri mampu membantu mereka kekal berada di kalangan pasukan ‘top 5’.

Namun, Sang kenari juga dalam ‘mood’ terbaik mereka selepas merekodkan kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan di Darul Aman pada Jumaat lalu.

Mereka juga sudah tentu mahu mengubah tren buruk mereka iaitu gagal meneruskan rentak kemenangan selepas dua kemenangan direkodkan.

Untuk Kedah, aksi minggu ke-3, selepas menang dua kali dalam dua aksi awal liga, menyaksikan mereka tumbang 0-1 kepada PDRM. Selepas itu, pada minggu ke-6, mereka diikat Sri Pahang 1-1 selepas merekodkan dua kemenangan berturut-turut. Saat ini, Kedah juga sudah melakar dua kemenangan sebelum turun berdepan The Red Gaints di minggu ke-12.

Apa keputusan yang bakal dilakar oleh skuad Hijau Kuning? Apa pula nasib Selangor yang turun bermain di depan penyokong sendiri di Petaling Jaya?

Mampukah Kedah halang Selangor meraih mata penuh? Atau mungkin tuan rumah bakal memberikan pelawat apa yang pernah dilakar sebelum ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN