Kini, dramanya sudah menghampiri ke babak yang seterusnya.
Pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini sudah pun berada di peringkat terakhir untuk membawa kes berkenaan Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan atau CAS.
Menurut sumber Harian Metro, 3 pihak akan didakwa oleh pihak KFA ketika mereka membawa isu ini ke pihak mahkmah CAS.
3 pihak tersebut ialah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga Akhyar itu sendiri.
JDT akan didakwa oleh pihak KFA atas alasan pasukan itu menggunakan unsur pintu belakang atau tapping up dalam usaham mereka untuk mendapatkan Akhyar.
Sementara bagi pihak FAM pula, mereka akan didakwa kerana tidak berjaya menguruskan isu ini dengan baik dengan Akhyar sendiri turut dibawa ke muka pengadilan kerana merupakan watak penting dalam isu ini.
Akan tetapi, pihak KFA tidak akan mendedahkan siapa nama-nama yang akan dibawa ke CAS secara mendalam tetapi ianya akan melibatkan 3 entiti tersebut.
Kedah jelas tidak akan mengubah pendirian mereka untuk membawa hal ini ke muka pengadilan, semuanya demi masa depan bola sepak Malaysia yang lebih baik.
“Kami mahu memperbetulkan sistem bola sepak Malaysia supaya tiada pasukan yang dibuli oleh sesetengah pihak.”
Disebalik kontroversi ini, Akhyar telah pun diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain JDT tempoh hari.
Beliau dijangka akan menjadi sebahagian daripada skuad utama JDT pada musim ini.