Pencarian Pesawat Bawa Emiliano Sala Dihentikan Pihak Polis

Nampaknya, ianya semakin samar untuk menyaksikan sinar mentari di penghujung langit gelap.

Pihak polis di Britain telah pun menamatkan pencarian pesawat yang membawa pemain baharu Cardiff City iaitu Emiliano Sala.

Menurut laman BBC News, usaha pencarian pesawat yang membawa Sala dan juga juruterbang David Ibbotson itu telah pun ditamatkan selepas 3 hari pencarian diadakan.

Pencarian dilakukan di kawasan Selat Inggeris.

Menurut pihak Guernsey Police yang mengetuai proses mencari dan menyelamat pemain bola sepak itu, usaha pencarian itu telah pun ditamatkan.

“Kami telah menilai semula semua maklumat yang kami ada, dan telah mengetahui segala peralatan kecemasan yang sedia ada maka dengan dukacitanya kami mengumumkan proses pencarian telah berakhir.”

“Kami sedar keputusan ini sukar untuk diterima oleh pihak keluarga Emiliano Sala dan kami faham.”

“Akan tetapi, kami yakin itu sajalah yang terdaya dari pihak kami dan kami tidak mampu untuk melakukannya lebih lagi.”

Pihak keluarga Sala yang ditemui pihak media bagaimana pun masih lagi menyimpan harapan yang pemain itu boleh diselamatkan.

Mereka merayu agar usaha mencari dan menyelamat pemain termahal dalam sejarah Cardiff City itu diteruskan agar tidak mematikan terus peluang yang sudah cukup tipis itu.

“Pada kami, mereka masih lagi hidup. Cukup sukar untuk kami zahirkan perasan kami kerana semuanya cukup susah ketika ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN