Piala Asia: Perjalanan Vietnam Berakhir Di Tangan Jepun Hasil Bantuan VAR

Perjalanan Vietnam sebagai wakil Asia Tenggara dalam kejohanan Piala Asia 2019 kini telah pun berakhir.

Mereka tewas kepada salah sebuah pasukan pilihan dalam kejohanan ini iaitu Jepun dengan jaringan tipis 1-0.

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES – JANUARY 24: Do Hung Dung of Vietnam applauds the fans at the final whistle during the AFC Asian Cup quarter final match between Vietnam and Japan at Al Maktoum Stadium on January 24, 2019 in Dubai, United Arab Emirates. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Dalam perlawanan ini jelas sekali pasukan Jepun menguasai perlawanan dengan majoriti penguasaan bola.

Mereka banyak melakukan serangan dalam usaha mendapatkan gol serta mendominasi perlawanan dengan Vietnam hanya menyerang asakan pihak lawan sahaja.

Perlawanan ini menyaksikan penggunaan Video Assistant Referee (VAR) buat pertama kali dalam sejarah kejohanan Piala Asia.

2 kali penggunaan VAR dilakukan, pertama ketika pengadil membuat keputusan membatal gol pembukaan pasukan Jepun.

Ianya berlaku selepas gol dari kapten Jepun, Maya Yoshida dibatalkan apabila tandukan beliau itu sebenarnya terkena kepada lengan beliau.

Gol yang pada mulanya disahkan oleh pihak pengadil kemudiannya dibatalkan hasil semakan semula menggunakan sistem VAR.

Jika pada mulanya sistem VAR menafikan Jepun, tidak lama selepas itu pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat mereka.

Ritsu Doan yang dijatuhkan dalam kotak penalti pada mulanya tidak diendahkan oleh pihak pengadil, namun selepas menyemak semula menerusi sistem VAR maka sepakan penalti diberikan.

Doan kemudiannya dengan mudah menjaringkan penalti tersebut untuk memberikan gol yang amat diperlukan Jepun pada separuh masa kedua.

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES – JANUARY 24: Ritsu Doan of Japan scores his sides first goal from the penalty spot during the AFC Asian Cup quarter final match between Vietnam and Japan at Al Maktoum Stadium on January 24, 2019 in Dubai, United Arab Emirates. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Serangan bertali arus Jepun diteruskan dengan Vietnam hanya mampu bertahan menyerap asakan dari pihak lawan mereka.

Dengan kemenangan ini, tamat cabaran wakil Asia Tenggara di Piala Asia dan Jepun berusaha untuk mencari satu lagi kejayaan di peringkat Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN