Paul Scholes Nafi Laporan Media Britain Beliau Bakal Jadi Pengurus

Anda ingin melihat Paul Scholes menjadi pengurus dalam masa terdekat seperti bekas pemain lain pada era tersebut seperti Sol Campbell, Frank Lampard atau Steven Gerrard? Simpan sahaja niat tersebut buat masa ini.

Ini kerana Paul Scholes telah menolak laporan media Britain bahawa beliau akan mengendalikan sebuah kelab. Kelab yang dimaksudkan ialah Oldham Athletic.

Peminat

Ramai mengetahui bahawa Scholes merupakan seorang penyokong Oldham – meskipun pernah bergelar pemain Manchester United. Sememangnya Scholes sendiri pernah menyatakan hasrat untuk bergelar jurulatih satu hari nanti.

Jawatan pengurus di Oldham Athletic kosong sejak 27 Disember tahun lalu. Kelab itu sebelum ini telah memecat Frankie Bunn.

Photo by Getty Images

Paul Scholes pernah diberitakan menjalani temuduga di kelab tersebut pada Oktober 2017. Namun, beliau tidak terpilih sebagai pengurus kelab itu.

Legenda Manchester United itu mengakui beliau akan rasa sedikit aneh jika tidak mengendalikan kelab selain Red Devils mahu pun Latics.

Antara Salford dengan Oldham

Selain menjadi panel di saluran BT Sports, Scholes merupakan salah satu pemilik kelab National League, Salford.

Salford kini mencabar kejuaraan National League, setelah berjaya mengutip 56 mata daripada 30 perlawanan. Juara National League akan dipromosikan ke EFL League Two pada musim hadapan.

Sekiranya Sholes menerima jawatan pengurus di kelab EFL, beliau terpaksa melepaskan kepentingan beliau di Salford. Namun kekecualian akan terpakai jika mendapat surat kebenaran bertulis daripada lembaga pengarah.

Satu pengajaran daripada kita membuktikan betapa tegasnya badan pengurusan liga bola sepak di Eropah. Walaupun hakikatnya, liga itu berstatus bawahan dan kurang dipandang oleh peminat sukan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN