Penyerang lincah Manchester United iaitu Jadon sancho dilaporkan kurang berpuas hati dengan situasi semasa beliau ketika ini di Old Trafford dan karier pemain tersebut mungkin akan berubah musim hadapan.
Menurut laporan, Sancho ketika ini sedikit kecewa selepas sukar untuk bersaing dalam merebut kesebelasan utama pasukan, dan meminta supaya dirinya dipinjamkan ke kelab lain untuk musim depan bagi mendapatkan semula rentak terbaik.
'Jadon Sancho, who has now been completely sidelined in Manchester and would reportedly prefer to return to Borussia Dortmund sooner rather than later, on loan.'
🗞 @SZ_Sport #BVB pic.twitter.com/KGnEdU8T3k
— BVB Newsblog (@bvbnewsblog) April 28, 2023
Sancho dikatakan meminta supaya pengurusan United meminjamkan beliau kepada Borussia Dortmund pada musim hadapan, selepas pernah beraksi di sana dengan sangat cemerlang.
Penyerang England itu ditandatangani oleh United pada tahun 2021, selepas Sancho mempamerkan aksi cukup baik ketika itu bersama Dortmund di Jerman.
Namun, sehingga kini Sancho masih gagal untuk menemui rentak terbaik beliau di atas padang atau konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi untuk meledak gol atau mencipta bantuan jaringan.
Sejak tiba di Old Trafford, Sancho hanya merekodkan 11 gol bersama lima bantuan jaringan sahaja serta kerap tidak memberi impak besar buat pasukan di posisi serangan.
Untuk musim ini sahaja, Sancho telah terlibat dalam 33 perlawanan bersama pasukan tersebut serta mencipta enam gol bersama dua bantuan jaringan untuk semua aksi dihadapi.
Walaupun pengendali kelab iaitu Erik ten Hag ada memberi modul latihan khas buat Sancho, pemain ini masih lagi menghadapi kesukaran untuk menemui rentak permainan yang lebih baik buat United.
⚫🟡 Jadon Sancho would like to return to Borussia Dortmund on loan "sooner rather than later" – according to a report in Germany.
📽️ Sancho was untouchable at his peak in the Bundesliga. pic.twitter.com/q5JaTAZwTQ
— DW Sports (@dw_sports) April 28, 2023
Terbaharu, Sancho muncul sebagai antara penjaring gol ketika United seri ketika bertemu Tottenham Hotspur dengan keputusan penuh 2-2.
Pastinya momentum jaringan itu kini diharapkan oleh para penyokong supaya Sancho mampu terus bermotivasi untuk mendapatkan lebih banyak gol pada perlawanan akan datang.
Namun, pemain berusia 23 tahun ini mempunyai rencana tersendiri untuk menyertai Dortmund secara pinjaman pada musim hadapan demi mengembalikan bisa serangan beliau seperti dahulu.
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri menerusi laman sukan Sportskeeda, dengan menyatakan Sancho kini berdepan isu mental dan fizikal bersama United serta ingin memulihkan kembali segalanya.
Untuk rekod, nama Sancho mula meletup di arena bola sepak antarabangsa ketika mewakili Dortmund, selepas beliau berjaya meledak 50 gol serta 64 bantuan jaringan daripada 137 perlawanan di Bundesliga.
Jadon Sancho keen on Borussia Dortmund loan https://t.co/IUSJnipvdf
— Stretty News (@StrettyNews) April 29, 2023
Walaupun begitu, situasi semasa menyaksikan mungkin harapan Sancho untuk menyertai Dortmund agak tipis selepas United dijangka bakal memperkukuhkan barisan pemain untuk musim hadapan, khususnya di jentera serangan.