Posisi Tomislav Steinbruckner Terancam, Adakah Aidil Sharin Individu Paling Layak Buat Terengganu?

Terengganu menjadi antara pasukan yang mengalami kesukaran pada musim ini dalam saingan Liga Super, selepas tampil dengan corak permainan kurang memberansangkan selepas 10 perlawanan.

Menerusi rombakan baharu yang dibuat pada tahun ini, Terengganu menampilkan pengendali baharu mereka iaitu Tomislav Steinbruckner serta ada kemasukan pemain-pemain baharu.

Walaupun begitu, aksi yang dipamerkan oleh Terengganu masih lagi belum cukup menyakinkan serta mendapat banyak kritikan daripada para penyokong Sang Penyu.

Apa tidaknya, musim lalu pasukan ini tampil dengan corak permainan cukup menyakinkan dan konsistensi itu pastinya ingin dikekalkan atau bertambah baik menerusi ramai muka baharu ditandatangani.

Setakat ini, Steinbruckner telah merekodkan lima kekalahan buat Terengganu musim ini daripada 10 perlawanan, serta terbaharu tewas kepada Sri Pahang.

Selain faktor corak permainan yang merudum, Terengganu juga mempunyai masalah mengenai kualiti barisan pemain import yang tidak konsisten seperti Adisak Kraisorn serta Ivan Mamut.

Ketika ini, kedudukan Steinbruckner paling dilihat sangat terancam, selepas pengendali tersebut masih bergelut untuk membawa perubahan positif kepada Sang Penyu.

Menurut laporan dikeluarkan oleh wartawan sukan iaitu Zulhelmi Zainal Azam, ketika ini nama bekas pengendali Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Aidil Sharin Sahak dilaporkan menerima tawaran daripada Terengganu.

Jika benar Aidil berada dalam senarai kejurulatihan baharu Terengganu, ini bermakna kelibat Steinbruckner mungkin tidak akan kelihatan bersama pasukan tersebut sehingga penghujung musim 2023.

Aidil ketika ini masih lagi sedang berehat, selepas beliau berjaya mengemudi kelab di Liga 1 Indonesia iaitu Persikabo 1973 sejak beberapa bulan lalu untuk menghadapi baik saingan di sana.

Bersama Persikabo, Aidil berjaya meletakkan nama beliau sebagai antara yang mencuri tumpuan ramai, selepas meraih kejayaan selaku jurulatih terbaik mingguan pada aksi terakhir liga.

Seperti semua mengetahui, Aidil boleh disifatkan sebagai antara pengendali yang sangat cemerlang ketika mewakili Kedah suatu ketika selepas berjaya menghadiahkan salah satu pingat domestik buat pasukan tersebut.

Selain itu, Aidil juga menjadi antara jurulatih yang sangat berpengalaman di pentas Piala AFC yang turut akan disertai Terengganu pada musim ini untuk membawa nama Malaysia.

Musim lalu, Aidil berjaya meletakkan Kedah selaku juara kumpulan dalam saingan Piala AFC dengan beberapa kemenangan dilakar pasukan tersebut, biarpun tampil serba kekurangan.

Jika benar Steinbruckner bakal disingkirkan, maka pilihan Terengganu untuk melantik Aidil tidak salah dan mereka perlu memberi kebebasan buat pengendali itu sendiri untuk memilih pemain serta menerapkan taktikal tersendiri.

Selain menerima tawaran daripada Terengganu, dilaporkan pengendali dari Singapura itu turut diintai oleh Kelantan United serta beberapa lagi kelab di Indonesia yang mendambakan sentuhan emasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN