Keahlian Yayasan JDT Akan Dikaji Semula Oleh Pihak Kelab

Semalam kami ada melaporkan mengenai isu Yayasan JDT yang diutarakan ketika sesi bual santai bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ) tempoh hari.

Kini, isu itu telah mendapat perhatian pihak dari Yayasan JDT itu sendiri dan mereka telah memberikan respon yang sewajarnya.

Menurut laman JOHOR Southern Tigers, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) iaitu Dato’ Ismail Karim mengatakan keahlian Yayasan JDT akan dikaji semula selepas ini.

Beliau turut mengakui terkejut kerana masih ramai lagi ahli Yayasan JDT yang belum lagi memperoleh kad keahlian mereka walaupun sudah lama menjadi ahli.

Sumber: JDT, Facebook

Oleh kerana itu, beliau memberitahu yang satu perancangan sedang diatur bagi memastikan Yayasan JDT tampil dengan lebih aktif berbanding sebelum ini.

“Kami berasa kecewa dan terkejut selepas mengetahui masih lagi ramai ahli yang belum mendapatkan kad keahlian mereka dari Yayasan JDT.”

“Kami ingin memberitahu yang Yayasan JDT kini sedang merangka program untuk memastikan yayasan ini terus aktif dan tidak lagi sunyi seperti sebelum ini.”

Menurut Ismail lagi, Yayasan JDT masih lagi mempunyai kesemua data para ahli mereka sebelum ini dan mereka mendedahkan pelan seterusnya mengenai yayasan itu akan diberitahu kemudian.

Isu mengenai Yayasan JDT ini menjadi perhatian terutamanya penyokong kelab itu selepas para penyokong menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap yayasan itu yang tidak lagi aktif ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN