Farizal Marlias Kembali Sertai Skuad Kebangsaan Selepas 3 Tahun Tersisih

Penjaga gawang Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias akhirnya kembali mendapat panggilan untuk bersama skuad kebangsaan selepas lebih 3 tahun tersisih.

Namanya turut tersenarai dalam 24 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk latihan pusat skuad kebangsaan bermula 3 September ini.

(Photo credit should read MOHD RASFAN/AFP/GettyImages)

Untuk rekod, kali terakhir Farizal bersama skuad kebangsaan adalah ketika dibelasah 0-6 oleh Palestin dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 pada Jun 2015.

Sepanjang 2018, walaupun baru kembali daripada penggantungan, Farizal tetap menampilkan aksi cemerlang menjuarai liga bersama JDT dengan rekod 13 clean sheet.

Turut mencuri tumpuan adalah kembalinya Norshahrul Idlan Talaha selepas tersisih sejak 2017 dengan kali terakhir beraksi menentang Myanmar pada November 2016.

Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Norshahrul Idlan ataupun mesra dipanggil ‘Mat Yo’ telah beraksi cemerlang bersama Pahang musim ini dan telah meledak 5 gol daripada 24 penampilan setakat ini.

Selain Farizal dan Mat Yo, Cheng Hoe turut menyenaraikan Fazly Mazlan, Akhyar Rashid, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Shahrel Fikri Md Fauzi, Mahalli Jasuli dan Syahmi Safari.

Sementara itu, Cheng Hoe mengekalkan 16 pemain yang dibawa ketika aksi menentang Fiji pada 5 Julai lalu yang berkesudahan skuad kebangsaan menang 1-0 di Cheras.

3 pemain yang merekodkan minit perlawanan tertinggi dalam 4 perlawanan setakat ini masih tersenarai iaitu Nazmi Faiz Mansor, Shahrul Saad dan Akram Mahinan.

FOTO: Facebook FAM

Nazmi Faiz paling tinggi dengan 289 minit diikuti Shahrul Saad (270 minit) dan Akram Mahinan (269 minit) daripada 360 minit yang sepatutnya terkumpul.

Cheng Hoe turut mengotakan janjinya bahawa akan ada adunan pemain dalam skuad pilihannya apabila 9 pemain daripada skuad B-23 turut berada dalam senarai 24 pemain.

Sembilan pemain berkenaan adalah Rizal Ghazali, Adam Nor Azlin, Safawi Rasid, Syafiq Ahmad, Irfan Zakaria, Syazwan Andik Ishak, Akhyar, Nik Akif Syahiran dan Syahmi.

8 pemain telah digugurkan untuk sesi kali ini iaitu:

  • Ifwat Akmal Chek Kassim
  • Syawal Nordin
  • Nazirul Naim Che Hashim
  • Kenny Pallraj
  • Danial Ashraf Abdullah
  • Shafiq Shaharudin
  • Wan Zack Haikal Wan Nor
  • Syahrul Azwari Ibrahim

Berikut adalah senarai 24 pemain untuk latihan pusat skuad kebangsaan;

Sumber: FAM
Latihan skuad Harimau Malaya di SNBJ sebelum ini. FOTO: FAM

Laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan yang skuad Harimau Malaya akan menjalani dua hari latihan tempatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan pada 3 dan 4 September.

Mereka dijangka akan berlepas ke Taipei City pada 5 September 2018 untuk dua aksi persahabatan antarabangsa bertemu Chinese Taipei dan Kemboja.

Seterusnya tiga lagi aksi persahabatan bakal menyusul bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober, bertemu Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober dan bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November 2018.

Leave a Reply