Thierry Henry Tolak Tawaran Jadi Ketua Jurulatih Bordeaux

Menurut laporan oleh Sky Sports, bekas penyerang dan legenda Arsenal, Thierry Henry telah menolak tawaran dari kelab Ligue 1, Bordeaux untuk menjadi ketua jurulatih kelab tersebut.

Henry sebelum ini memohon menggunakan tempoh di hujung minggu yang lalu untuk memikirkan tawaran tersebut secara serius sebelum memaklumkan keputusan beliau lewat petang semalam.

(Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

Sky Sports turut melaporkan Bordeaux akan menukar perhatian mereka kepada bekas pengendali Leicester City, Claudio Ranieri.

Menurut Sky, Henry menolak tawaran dari kelab Ligue 1 itu selepas bimbang akan kedudukan kewangan kelab tersebut yang boleh dijana untuk membawa pemain baru, dan juga kedudukan pemilikan kelab yang masih samar.

Bordeaux dilaporkan sedang dalam proses pengamabilalihan oleh sebuah firma dari Miami, Amerika Syarikat dikenali sebagai General American Capital Partners.

(Photo by Caroline Blumberg/Icon Sport via Getty Images)

Kelab Ligue 1 itu sebelum ini turut menggantung tugas pengurus Gus Poyet, selepas beliau melabel kelab tersebut sebagai memalukan kerana menjual penyerang utama, Gaetan Laborde kepada Montpellier tanpa pengetahuan dirinya.

Kelan tersebut turut membenarkan Malcom menyertai Barcelona dengan tanda harga £36 juta pada musim panas, dan tiada jaminan diberikan kepada Henry mengenai pelaburan pemain di masa hadapan.

Henry melepaskan peranan beliau sebagai pundit di Sky Sports pada musim panas lalu untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang pengurusan dan kejurulatihan.

(Photo credit should read JOHN THYS/AFP/Getty Images)

Sebelum Bordeaux, Henry turut dikaitkan dengan jawatan di Aston Villa pada Julai lalu.

Henry yang kini berusia 41 tahun merupakan pembantu jurulatih kepada Roberto Martinez sejak 2016, dan berjaya membawa generasi emas Belgium menduduki tempat ke-3 di Piala Dunia 2018.

 

Leave a Reply