Di sebalik kekalahan Inter Milan kepada Sevilla dalam perlawanan akhir Liga Europa (UEL) pada awal pagi tadi, Antonio Conte mungkin menjadi orang yang paling marah dan kecewa.
Bukan ‘menyirap’ dengan persembahan anak buahnya, tetapi beliau cukup bengang dengan pemain tengah Sevilla, Ever Banega yang memperolokkan rambutnya ketika kedua-dua mereka bertekak di tepi padang semasa perlawanan sedang berlangsung pada separuh masa pertama.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Cologne itu, bekas pengurus Juentus dan Chelsea itu mula mengamuk apabila pasukannya tidak diberikan sepakan penalti kedua.
Banega yang pernah beraksi bersama Inter sebelum ini dilihat menuju ke arah Conte dan bertindak menggosok-gosok rambutnya sambil berkata “itu rambut betul atau palsu?”.
Things got HEATED between Ever Banega and Antonio Conte 😳
— Football on TNT Sports (@footballontnt) August 21, 2020
The Sevilla player appeared to make fun of Conte's hair…
Conte said "I'll see you after the game!" 👀#Club2020 pic.twitter.com/PxAdcssGZa
Jurulatih berusia 51 tahun itu kemudian dilaporkan berang dan memberi amaran kepada Banega “aku jumpa kau lepas perlawanan nanti” menyebabkan pengadil perlawanan, Danny Makkelie melayangkan kad kuning Conte.
Pengurus Inter itu dikatakan telah beberapa kali membuat rawatan rambut sejak masih bergelar pemain lagi dan sering menjadi bahan netizen yang musykil sama ada ianya benar-benar proses penanaman rambut atau rambut palsu.
Sevilla win Europa League Final after going a goal down in 2 minutes- Best comeback since Conte’s hair 😂😂 pic.twitter.com/zZ1jM3TElH
— Chris Hoey (@ChrisHoey) August 21, 2020
Banega yang beraksi dalam perlawanan terakhirnya untuk Sevilla sebelum berhijrah ke kelab Arab Saudi ternyata menjadi watak penting dalam perlawanan ini. Enam tahun di kelab Andalusia itu, beliau telah pun beraksi hampir 250 perlawanan dalam semua pertandingan.
Namun karier pemain kebangsaan Argentina itu diselubungi dengan pelbagai kontroversi. Sebelum menyertai Valencia, beliau terlibat dengan skandal seks semasa berparti selepas membantu negaranya menjuarai Piala Dunia bawah 20 tahun (B-20) pada 2009.
Beliau juga pernah dilaporkan mabuk sebelum pasukannya turun menjalani latihan persediaan untuk menghadapi satu perlawanan penting berdepan Barcelona pada 2012.
Namun Banega mungkin tersenyum lebar apabila dapat mengakhiri kariernya di Sevilla dengan penuh gemilang selepas mengumpul kejuaraan UEL buat kali ketiga.
Éver Banega leaves Sevilla tonight after five beautiful seasons with them in which he won the UEFA Europa League three times (2015, 2016, 2020).
— UtdArena (@UtdArena) August 21, 2020
He has been one of the most underrated playmakers in this era and a joy to watch over the years. pic.twitter.com/wYSVZ2Y1DI
Sementara itu, dalam sidang media selepas perlawanan, Conte menegaskan beliau akan terus kekal di Inter Milan walaupun gagal membantu pasukannya meraih sebarang trofi dalam musim pertamanya.
Selain muncul naib juara UEL, musim ini The Nerazzurri turut menamatkan saingan Serie A di tangga kedua di belakang Juventus dengan perbezaan hanya satu mata sahaja.
Kredit Foto: BT Sports
Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah: