Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Masih ingat lagi dengan Murtaza Ahmadi? Kanak-kanak Afganistan yang mencipta fenomena kerana memakai jersi yang diperbuat dari beg plastik yang tertera nama Lionel Messi.
Tak semudah itu
Selepas mencipta reputasi yang tidak dijangka pada Januari yang lalu, kehidupan Murtaza tidaklah semudahnya yang disangka.
Ketika seluruh dunia sedang gembira mendengar cerita ini, keluarga Murtaza terpaksa membawa lari penyokong cilik itu ke satu tempat yang lain.
Beliau yang asalnya tinggal di Ghanzi di timur Afganistan, terpaksa dibawa ke sebuah tempat yang bernama Quetta yang terletak di negara Pakistan.
Menurut bapanya Arif Ahmadi berkata, beliau berbuat demikian atas alasan keselamatan untuk Murtaza dan seluruh keluarganya.
Beliau pada mulanya risau akan Murtaza yang berpotensi tinggi untuk diculik. Hal ini disebabkan reputasi kanak-kanak itu yang meningkat naik selepas gambarnya memakai ‘jersi’ Messi itu.
Tindakannya itu ada wajarnya. Hal ini kerana beliau menerima banyak pelbagai panggilan berbentuk ancaman mahu menculik Murtaza.
Perjalanan penuh ranjau
Namun begitu, keluarga Murtaza tidaklah berhijrah secara terus dari Afganistan ke Quetta.
Pada mulanya mereka berhijrah ke ibu negara Pakistan, Islamabad. Kemudiannya barulah mereka ke Quetta.
Alasannya adalah kerana mereka tidak dapat menampung kos hidup yang tinggi di ibu negara Pakistan itu.
Malah lebih perit, Arif terpaksa menggadaikan hampir segala yang beliau ada untuk membawa seluruh keluargannya ke Pakistan.
“Saya jual segala barangan milik saya untuk membawa seluruh keluarga saya keluar dari Afganistan.”
“Semua ini saya lakukan demi untuk menjaga keselamatan seluruh ahli keluarga saya.”
Menurut Arif, beliau tetap mahu anaknya berjaya menemui idolanya iaitu Messi.
Mimpi jadi nyata
Dahulu, Murtaza hanya mampu untuk bermain bola bersama-sama dengan jersi Argentina yang dihantar oleh Messi.
Namun kini, beliau berjaya bertentang mata bersama-sama idolanya itu ketika perlawanan persahabatan antara Barcelona dan Al-Ahli yang berlangsung semalam.
Pertemuan yang dirancang UNHCR itu tidak dilepaskan oleh Murtaza. Hal ini kerana beliau tidak henti-henti berkepit bersama dengan idolanya itu!
Beliau dilihat mengikut sahaja Messi ke mana pemain itu pergi. Dan kadang kala beliau dilihat memeluk pemain Argentina itu sebelum perlawanan bermula.
Kesimpulan
Pada kami, kami sangat tersentuh hati dengan kisah mengenai Murtaza ini.
Kami amat tersentuh dengan pengorbanan bapa Murtaza yang berkorban untuk keluarga semata-semata demi melihat anaknya gembira dapat berjumpa dengan idolanya.
Baca juga: Cristiano Ronaldo Menang Ballon d’Or 2016! Raikan Dengan Suiii!! Tanpa Suara