Taktikal Futsal: Bagaimana Cara Meneutralkan Ancaman Lawan Ke ‘Zon Selamat’

Dalam futsal, ada 1 zon yang dipanggil zon selamat ataupun safe zone. Ia adalah kawasan di mana ancaman pihak lawan akan semakin berkurangan.

Jadi, dalam slot taktikal futsal kali ini kami akan menjelaskan kepentingan zon tersebut ketika pasukan anda diserang balas.

Di Manakah Zon Selamat?

Ia adalah berada di bahagian sayap gelanggang di kiri dan kanan. Lihat rajah di bawah ini.

Dalam taktikal futsal, usaha untuk meneutralkan serangan balas lawan, pemain harus fokus untuk melindungi zon yang di dalam bukannya terlalu fokus untuk pergi menghentikan ancaman di luar.

Apabila berada di zon tersebut, pemain lawan akan sukar untuk mencipta ancaman secara terus. Namun pemain lain haruslah cuba secepat mungkin untuk kembali ke zon pertahanan.

Ia akan lebih neutral jika pemain tersebut tidak berada di zon songsang untuk melakukan pintasan masuk (cut inside) dan melakukan cubaan.

Kenali Zon Bahaya Berdasarkan Darjah Ancaman

Di bawah ini kami tunjukkan visual zon bahaya, zon separa bahaya dan zon selamat.

Ketika serangan lawan, anda harus cuba memastikan pihak lawan tidak akses terlalu cepat kepda 2 zon di dalam tersebut iaitu zon separa bahaya dan juga zon bahaya.

Di bawah ini adalah contoh ketika pasukan Putih menyerang balas pasukan Kuning.

Anda boleh lihat Fixo (last man) mereka cuba menolak pemain A ke zon selamat untuk membolehkan pasukan mereka reshape dalam transisi bertahan.

Ala (R) cuba menekan pemain B jauh daripada zon separa bahaya. Pasukan Kuning akan cuba membentuk sama ada pertahanan secara sisi empat ataupun berlian secepat mungkin.

Pastikan pemain ada kemampuan untuk bermain zonal marking dan ada kesedaran tentang kawalan ruang (space marking) yang baik.

Rumusan

Ia hanyalah satu teori taktikal futsal untuk menolak pihak lawan ke satu zon yang sukar untuk mereka menghadirkan ancaman secara langsung.

Teori hanyalah satu panduan yang boleh dijadikan asas kepada perancangan taktikal. Ia bukan jaminan untuk hasil yang terbaik jika tidak ada perancangan taktikal.

Apa yang kami cuba kongsikan adalah, dalam bertahan, ada zon selamat ataupun zon peneutralan ancaman yang boleh membantu anda mengurangkan ancaman langsung daripada pihak lawan ketika diserang balas.

Jadi, pembentukan segera organisasi bertahan sangat penting. Ini kerana futsal adalah sukan yang bergantung kepada kepantasan.

Jika hanya fixo menolak pemain lawan ke zon selamat, namun pemain lain lambat turun, pihak lawan masih mampu menghadirkan ancaman dengan permainan kombinasi mereka.

Ada sesetengah pemain terlalu teknikal untuk dikawal secara 1 lawan 1. Jadi fixo harus ada kemampuan untuk memastikan pemain tersebut tidak terlalu mudah untuk masuk ke zon bahaya dengan cepat.

Sekarang anda cuba lihat pertarungan di antara Inter Movistar menentang FC Barcelona. Lihat cara mereka cuba meneutralkan lawan masing-masing ke zon selamat apabila diserang balas.

Bahasa yang digunakan adalah dalam Jerman, namun anda boleh kaitkan penerangan kami dengan taktikal mereka.

Baca juga : Penerangan Peranan & Posisi Berdasarkan Formasi Dalam Futsal!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN