Cristiano Ronaldo Menang Ballon D’Or 2016! Raikan Dengan SUIII!! Tanpa Suara

Seperti sudah dijangka, Cristiano Ronaldo menang anugerah Ballon D’Or 2016. Ia adalah anugerah Ballon D’or ke-4 dalam kabinet peribadi Cristiano Ronaldo.

Anda mesti masih teringat ketika beliau menjerit, SUIIII!!!!!! ketika menerima Ballon d’Or 2014.

Real Madrid and Portugal forward Cristiano Ronaldo (R) reacts next to French former star player Thierry Henry (L) after receiving the 2014 FIFA Ballon d’Or award for player of the year during the FIFA Ballon d’Or award ceremony at the Kongresshaus in Zurich on January 12, 2015. AFP PHOTO / FABRICE COFFRINI (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Kini beliau sedang bersama-sama skuad Real Madrid di Jepun untuk kejohanan kelab-kelab dunia. Beliau ditemani ibu dan anak beliau dan memberikan ucapan ini sambil meraikan dengan SUIII!! tanpa suara.

Betullah kata orang, anak lelaki kalau depan ibu, sopan semacam. Haha!

Sebelum ini beliau telah memenangi anugerah yang serupa pada 2008, 2013, 2014.Kali ini beliau meninggalkan 2 lagi pencabar utama iaitu Lionel Messi dan Antoine Griezmann yang masing-masing di tangga ke-2 dan ke-3.

Berikut adalah senarai 5 teratas Ballon d’Or kali ini.

[table]
Ranking,Pemain,Kelab,Negara,Undian,
1.,C. Ronaldo,Real Madrid,Portugal,745,
2.,L. Messi,Barcelona,Argentina,316,
3.,A. Griezmann,Atletico Madrid,Perancis,198,
4.,L.Suarez,Barcelona,Uruguay,91,
5.,Neymar,Barcelona,Brazil,68,
[/table]

“Saya tidak pernah terfikir pun akan memenangi Ballon d’Or untuk kali ke-4. Dan saya sangat sangat gembira.”

“Di kesempatan ini saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya di skuad kebangsaan (Portugal), Real Madrid, semua orang dan pemain yang telah membantu saya untuk memenangi anugerah individu ini.”

“Seperti yang anda lihat, saya berasa bangga dan gembira untuk menerima bola (ballon) yang menakjubkan dan indah ini, saya amat gembira.”

Pencapaian Cristiano Ronaldo 2016

Sebagai rekod, sepanjang 2016 Cristiano Ronaldo telah membantu Real Madrid menjulang UCL ke-11 mereka. Lebih indah, 2 bulan selepas itu, beliau membantu Portugal menjurai Piala Eropah 2016 di Paris.

Beliau telah menjaringkan 48 gol daripada 52 perlawanan untuk kelab dan negara beliau sepanjang 2016.

Di peringkat kelab Ronaldo muncul dalam 42 perlawanan, menjaringkan 38 gol, dan 14 bantuan gol. Beliau telah terlibat secara langsung (sebagai penjaring atau pembantu gol)dalam 39 gol La Liga dalam 30 perlawanan.

Ballon d’Or 2016

Anugerah tersebut diumumkan oleh badan penganjur Ballon d’Or kali ini iaitu France Football. Anugerah kali ini diundi oleh journalis sukan dari seluruh dunia.

Ballon d’Or kali ini terpisah daripada anugerah FIFA selepas badan bola sepak dunia itu memutuskan untuk tidak terlibat dengan anugerah tersebut selepas bekerjasama sejak 2010.

Pada fasa ini, FIFA mengumumkan pemenang dalam majlis gala FIFA dengan undian melibatkan journalis, jurulatih dan kapten skuad kebangsaan.

FIFA akan mengiktiraf pemain terbaik dunia dalam Anugerah Terbaik FIFA (FIFA Best) yang akan dilangsungkan di Zurich pada Januari ini.

Tahun 2016 antara tahun terbaik untuk Cristiano Ronaldo. Selain daripada membantu Portugal mengakhiri penantian kejuaraan major, beliau turut menerima pendapatan tertinggi dalam sejarah beliau.

Tahniah Cristiano Ronaldo!

Baca juga : Mengenali Peranan Pemain Sayap Tengah (Central Winger), Baka Moden No.10

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN