“Kamu Lihat Apa Bodoh?”- Lionel Messi Beri Kenyataan ‘Pedas’ Selepas Layak Ke Separuh Akhir

Argentina akhirnya berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir, selepas mereka terpaksa berhempas pulas di penentuan penalti untuk mengetepikan cabaran Belanda.

Pada aksi yang cukup sengit itu, kedua-dua pasukan sekadar terikat seri dengan keputusan penuh 90 minit perlawanan 2-2 dan memaksa penentuan terpaksa dibuat menerusi sepakan penalti.

Selain sengit memberi tentangan, aksi tersebut juga jelas agak panas menerusi siri-siri kekasaran dibuat dengan 14 layangan kad kuning serta satu kad merah dilayangkan oleh pengadil.

Bintang utama Argentina iaitu Lionel Messi antara yang terlibat dalam satu insiden pergaduhan ketika itu yang membabitkan kedua pasukan sebelum dileraikan oleh pegawai perlawanan.

Selepas tamat perlawanan, Messi tampil dengan memberi kenyataan yang agak pedas dan masih terbawa-bawa dengan emosi beliau dengan jelas tidak berpuas hati kepada lawan.

Menurut Sport Bible, dua individu yang menjadi mangsa amukan Messi semalam iaitu penyerang profilik Belanda, Wout Weghorst serta pengurus pasukan tersebut, Louis van Gaal.

Pada sesi temubual selepas perlawanan, Messi dengan satu jelingan telah pun berkata kepada seorang pemain dengan gelaran bodoh dan ianya turut disaksikan sendiri oleh wartawan yang bertugas.

Pemain yang disasarkan itu ialah Weghorst dan Messi telah memandang beliau dengan sangat tajam sekali, walaupun perlawanan telah tamat.

“Kamu tengok apa, bodoh?

“Saya paling tidak suka tentang orang yang suka bercakap besar sebelum perlawanan bermula. Pemain tersebut (Weghorst), datang kepada kami untuk mencetuskan provokasi dan jurulatih mereka juga tidak hormat kepada kami,” luah Messi.

Messi jelas tidak berpuas hati kepada van Gaal, setelah sebelum itu pengendali berkenaan menganggap pemain tersebut tidak begitu banyak melibatkan diri dengan bola.

“Messi merupakan pemain paling berbahaya yang sangat kreatif. Beliau boleh cipta banyak peluang dan menjaringkan gol untuk diri sendiri.

“Tetapi bila mereka hilang bola kepada pihak lawan, pemain tersebut tidak terlibat banyak dan ia beri peluang kepada kami,” ulas van Gaal.

Namun selepas tamat sahaja perlawanan, Messi kembali membidas cara taktikal yang diterapkan oleh van Gaal kepada Belanda.

“Pengendali tersebut menyatakan mereka telah bermain dengan cara bola sepak terbaik, tetapi apa yang beliau lakukan hanya meletakkan pemain tinggi dan bermain ‘long ball’ sahaja,” jelas Messi.

Untuk aksi separuh akhir ini, Argentina akan membuat satu perhitungan yang dianggap mencabar buat mereka iaitu bertemu dengan Croatia.

Croatia tampil mencipta kejutan selepas kejayaan mereka untuk mengetepikan calon pilihan juara musim ini iaitu Brazil.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN