Pele Beri Nasihat Menyentuh Hati Kepada Neymar Tentang Inspirasi Sebagai Atlet

Brazil secara rasminya telah pun menamatkan cabaran mereka dalam saingan Piala Dunia 2022 kali ini dengan sekadar terkandas di peringkat suku akhir.

Tampil sebagai salah satu calon juara, pasukan ini jelas mendapat perhatian ramai berdasarkan para pemain yang dipilih kali ini hadir dengan reputasi yang amat baik.

Walaupun begitu, inilah lumrah dalam dunia bola sepak. Segala yang mustahil boleh berlaku dengan Croatia tampil mencipta kejutan untuk mengetepikan Brazil.

Sesuatu yang dianggap agak perit sebenarnya, apabila Brazil dilihat tampil dengan lebih menyerlah untuk menguasai perlawanan berbanding Croatia sepanjang aksi berlangsung.

Penentuan penalti jelas menjadi pemisah buat kedua pasukan ini untu keluar dari stadium dengan cerita yang berbeza dan tidak dijangka oleh para penyokong.

Tewas di pusingan suku akhir, menyaksikan bintang Brazil iaitu Neymar mungkin tidak akan beraksi lagi pada saingan Piala Dunia akan datang.

Namun, legenda mereka iaitu Pele tampil dengan memberi dorongan buat Neymar serta rakan sepasukan lain dengan kata-kata yang sangat memberi inspirasi.

“Saya lihat anda membesar, saya bersorak untuk anda setiap hari dan akhirnya saya boleh mengucapkan tahniah kerana berjaya menyamai rekod gol saya untuk skuad kebangsaan Brazil.

“Kita semua tahu ianya lebih daripada sekadar nombor. Tanggungjawab besar kita sebenarnya sebagai atlet ada untuk memberi inspirasi.

“Berikan inspirasi kerjaya kita kepada rakan-rakan lain, generasi seterusnya, serta kepada semua yang mencintai sukan ini.

“Walaupun ini bukan hari yang menggembirakan buat diri kita, tetapi kamu akan tetap menjadi sumber inspirasi buat semua orang selepas ini.

“Saya telah belajar dari masa ke semasa mengenai warisan kita yang semakin berkembang dan rekod 50 tahun lalu yang ditetapkan saya tiada siapa dapat mengatasinya.

“Kini anda meraihnya dan ini juga sebagai menghargai kehebatan anda sebagai Neymar,” jelas Pele menerusi Instagram peribadinya.

Untuk rekod, Neymar kini tampil menyamai rekod Pele sebagai penjaring terbanyak Brazil menerusi 77 jaringan diledak pemain tersebut, selepas salah satu gol dihasilkan beliau ketika menentang Croatia semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN