Pape Diakite Tiada Dalam Perancangan Terengganu Musim Depan

Menerusi rombakan yang dibuat oleh Terengganu, pasukan tersebut sah bakal menggugurkan beberapa nama pemain serta akan ada tonggak baharu menyertai mereka musim hadapan.

Sebelum itu, pasukan itu juga telah melantik pengendali baharu mereka untuk saingan musim hadapan iaitu Tomislav Steinbruckner untuk menggantikan khidmat Nafuzi Zain.

Terbaharu, khidmat pertahanan import kental mereka iaitu Pape Abdoulaye Diakite dikhabarkan tiada dalam perancangan untuk saingan akan datang.

Perkara itu disahkan sendiri menerusi wartawan Astro Arena iaitu Fina Nasrom menerusi laman Twitter beliau semalam dengan menyatakan Diakite tiada dalam perancangan Terengganu musim depan.

“Pertahanan TFC, Pape Diakate tiada dalam perancangan Steinbruckner musim depan,”jelas Fina semalam.

Pada masa sama, beliau juga menyatakan pasukan tersebut bakal diperkuatkan dengan dua pemain import kelahiran Croatia selain Sony Norde yang telah diikat pasukan tersebut baru-baru ini.

“Manakala Sony Norde bersama 2 import kelahiran Crotia antara nadi penting dalam saingan Liga Malaysia 2023,” tambah beliau lagi.

Diakite merupakan antara pemain import baharu yang menyertai Terengganu pada musim ini dengan prestasi yang positif telah dipamerkan beliau dalam setiap perlawanan dihadapi.

Beliau menyertai Terengganu selepas beraksi di Vietnam sebelum itu bersama Sai Gon pada musim lalu dengan beraksi dalam dua perlawanan sahaja.

Gandingan antara Diakite bersama Shahrul Nizam dilihat berjaya membentuk suatu kombinasi yang sangat positif untuk menjadikan Terengganu sekadar bolos 20 gol sahaja dan menjadi pasukan kedua paling kurang melepaskan jaringan.

Antara jasa pemain kelahiran Senegal itu ialah membantu Terengganu muncul selaku naib juara Liga Super, finalis Piala FA, serta melayakkan kelab tersebut sehingga ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2022.

Setakat ini, Terengganu sah hanya mengekalkan tonggak import tengah mereka iaitu Habib Haroon untuk terus memperkuatkan pasukan.

Habib yang mempamerkan aksi cemerlang sepanjang dua musim bersama Terengganu dianggap sebagai kunci utama kekuatan pasukan tersebut dalam menjana serangan serta menguasai bahagian tengah kelab.

Antara ura-ura lain, Terengganu juga ketika ini dikhabarkan bakal mendapatkan khidmat pemain import dari Vietnam selaku slot Asean bagi menggantikan posisi ditinggalkan oleh Manny Ott.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN