3 Perkara Kim Pan-gon Perlu Lihat Selepas Aksi Bertemu Kemboja

Walaupun tampil dengan barisan pemain baharu, Malaysia berjaya membuktikan ia bukan suatu kesukaran buat mereka untuk mencipt kemenangan bagi mengatasi Kemboja.

Dalam aksi persahabatan Tier 1 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu, Malaysia tidak menghadapi begitu banyak kesukaran untuk mengatasi lawan dengan aksi yang sangat positif.

Beberapa muka baharu yang pertama kali beraksi buat Malaysia jelas memberi gambaran buat barisan kejurulatihan, mereka juga bersedia untuk memberi sumbangan buat negara.

Empat gol dicipta pada perlawanan semalam masing-masing menerusi Faisal Halim, Lee Tuck, dan Stuart Wilkins untuk memberi gambaran positif buat penyokong bola sepak tempatan.

Pada aksi semalam, beberapa perkara mungkin telah dikesan oleh Pan-gon dan perlu dikaji dengan lebih baik untuk tampil lebih baik pada aksi seterusnya berdepan Maldives.

Kombinasi Pertahanan

Secara keseluruhan, kombinasi pertahanan yang digunakan oleh Pan-gon untuk perlawanan ini jelas agak goyah menerusi persefahaman yang masih lemah.

Gandingan separuh masa pertama yang membabitkan antara Khuzami Piee dan Sharul Nazeem jelas masih lagi tidak menemui persefahaman terbaik selepas ada kesilapan-kesilapan kecil yang membenarkan lawan untuk sesekali mengatasinya.

Walaupun begitu, Pan-gon masih lagi mempunyai pemain tonggaknya masih belum menyertai kem latihan pusat iaitu Dion Cools yang dilihat lebih tenang di posisi tersebut untuk siri perlawanan akn datang.

Penguasaan Tengah

Tiga pemain tengah digunakan pada perlawanan ini merupakan gandingan baharu membabitkan Lee Tuck, Stuart Wilkins, dan David Rowley.

Menerusi aspek penguasaan di posisi tengah, masih lagi ada kelompongan yang membenarkan lawan untuk tampil mengimbanginya dengan agak baik.

Dua pemain yang bersifat serangan iaitu Stuart serta Lee tampil dengan sangat membantu di bahagian atas, namun mereka terlalu lama membiarkan Rowley berseorangan ketika bertahan.

Rowley pula, tidak banyak yang dapat disumbangkan beliau pada awal perlawanan, namun ianya dilihat agak positif pada aksi separuh masa kedua, selepas pemain ini lebih yakin mengawal bola dan cuba memberi sumbangan di bahagian serangan.

Kreativiti Serangan

Shamie Iszuan jelas mengejutkan ramai pemerhati bola sepak selepas aksinya dilihat sangat menyerlah ketika aksi separuh masa pertama menerusi kerajinan ditampilkan beliau.

Cuma dari segi sudut kreativiti berpasukan, Pan-gon perlu memikirkan sesuatu bagaimana untuk membentuk gandingan baharu beliau kali ini tanpa terlalu bergantung harap kepada Faisal Halim.

Pada perlawanan ini, setiap pemain lebih banyak menggerakan serangan menerusi gerakan individu untuk menjana serangan dan sekiranya pada aksi akan datang Faisal dikunci penuh pihak lawan, ianya mungkin akan memberi masalah buat posisi hadapan Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN